Ahad, 15 Oktober 2017

Nasi minyak mudah dan sedap



Sesekali bila ada hari penting dalam keluarga, teringin masak sesuatu yang istimewa, Makan di luar dah biasa sangat. Waktu  kecik-kecik dulu kalau hari Jumaat atau Maulidur Rasul( dulu Maulud Nabi), dapatlah merasa nasi minyak. Entah bila pulak nasi minyak semakin menghilang dan di ganti dengan nasi biryani, nasi bukhara, nasi bukhari dan nasi tomato juga nasi hujan panas. Rindu pulak dengan nasi minyak yang agak mudah aja penyediaannya. Sekarang ni lauk yang dimakan dengan nasi biryani pun telah menjadi semakin kurang. Suatu masa dulu nasi minyak atau nasi biryani mesti disertai dengan pajeri nenas, acar timun dan dalca. Sekarang kebiasaannya hidangan nasi ini hanya disertai dengan jelatah dan dalca. Lauk utama ialah ayam masak merah, kurma daging , kambing atau daging masak hitam. Apa pun majlis kurang seri tanpa mana-mana nasi ini..itulah orang Malaysia kan?

Jom semak resepi yang biasa saya gunakan untuk hari istimewa di rumah. Jika mahukan lebih bahan-bahannya tambah lah ya ikut cita rasa. Jadikan resepi ini sebagai panduan. 







Nasi minyak Soga

Beras basmathi 4 pot susu
Air 4 pot susu
Minyak sapi 1/2 tin kecik
Minyak masak 1/2 cawan
Garam
Susu cair  1/2 tin
Bawang kuning besar 2 biji
Bawang putih 10 ulas
Halia 2 inci
Pewarna kuning
Gajus dan kismis sebagai hiasan
Rempah penumis(bunga lawang, cengkih, pelaga,kayu manis)
Daun ketumbar atau daun sop(saya letak dua-dua sebab suka kan aroma nya)


Cara2

Cuci dan rendam beras 30 minit kemudian tapis buang airnya.
Hiris bawang putih dan bawang kuning,
Potong halia dan mesin halus,
Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi dan minyak. Bila panas masukkan rempah penumis, biar aroma harumnya naik, masukkan bawang kuning dan putih, biar layu ( keluar rasa manis tau) masukkan halia kisar tadi, dalam seminit masukkan air 4 pot dan ( sama Banyak dengan beras). Masukkan susu . Masukkan garam  1 sudu makan.Masukkan daun sop/ ketumbar yg telah dipotong. Bila air mengelegak  masukkan beras dan jika menggunakan periuk letrik  boleh ubah dari dapur dan teruskan masak guna periuk letrik. Bila nasi hampir kering  titik kan pewarna kuning dan rata kan guna garfu atau chopstick untuk elakkan nasi patah atau hancur. Biarkan nasi masak dan hias dengan gajus goreng, kismis goreng, daun sop dan bawang putih (ikut suka dan kreativiti sendiri).

Kalau ada periuk pressure tu... Masukkan aje beras lepas tumis dan masukkan air, susu, garam,  daun ketumbar. Kalau nak nasi semua kuning masukkan sekali pewarna, kemudian terus tutup periuk dan tekan 10minit guna fungsi pressure. InsyaAllah.... Nasi siap gebu dan sebiji2.. Angkat dan hias.

Makan dengan kurma daging, acar timun, acar nenas, dalca, ayam masak merah, daging masak hitam...kalau nak lagi happening makan dalam talam....(terkenang zaman kecik ku). 

niza amir

1 ulasan:

  1. A Review of Evolution Casino - Woor'sicasinos
    The evolution of live dealer casino games 카드 카운팅 was certainly done 10 뱃 without the benefit of software development. Evolution Gaming is 온라인 포커 추천 a supplier 러시안 룰렛 to many top  bwin Rating: 2.5 · ‎Review by WoorSlots

    BalasPadam

Rasa Tertekan Kerana Tugasan Yang Ditaip Berjam-jam Hilang Sekelip Mata.

Pernah tak melalui saat, apabila sahaja hampir tamat menaip semua tugasan dan perasaan pun dah mula berasa lega, minda hampir kosong dan ma...