Ahad, 1 April 2018

Rasa Tertekan Kerana Tugasan Yang Ditaip Berjam-jam Hilang Sekelip Mata.

Pernah tak melalui saat, apabila sahaja hampir tamat menaip semua tugasan dan perasaan pun dah mula berasa lega, minda hampir kosong dan matlamat hendak meanugerahkan diri dengan segelas air paling sedap setelah habis tugasan, tiba-tiba punah apabila jari-jari tak semena-mena menekan tombol yang tak sepatutnya. Tak semena-mena pula  semua penat-lelah selama berjam-jam itu hilang sekelip mata...Perkara seperti ini katanya telah dialami oleh hampir kesemua mereka yang bergelar pelajar yang menaip sendiri tugasan mereka. Kepada yang mengupah orang lain melakukan tugasan, sama sekali tidak  akan merasai pengalaman ngeri ini.

 Setelah kejadian rasanya macam nak pitam, nak pengsan atau hampir kena mental shock! mana taknya pekerjaan memerah otak bukan calang-calang, merenung monitor pc sampai berpinar-pinar mata, menyelak buku dan laman sesawang mengambil banyak masa. Tiba-tiba hilangnya dengan sekelip mata. Kalau ini terjadi kena cuba tenangkan diri, tarik nafas panjang, ucap astaghfirullah beberapa kali. Tutup aje pc tu, minum air, pergi tepi katil, tepuk-tepuk bantal, apa lagi...cubalah berehat dan kalau boleh tidur sebentar. Takkan ada semangat untuk menaip semula dalam masa yang singkat itu. biarkan otak dan badan bertenang seketika, lainlah jika waktu menghantar sudah kritikal, kena buat kaedah lain. Mintaklah tolong pada mereka yang sanggup menjadi pak sanggup, cuma sanggupkah menerima apa yang akan mereka sanggup isikan dalam tugasan yang mereka sanggupkan itu. Kadang-kadang kalau dah terdesak apa pun boleh. 


Pengajarannya janganlah selalu melengahkan waktu tugasan, kadang kala ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan boleh menjejaskan kelancaran proses untuk menyiapkan tugasan tersebut. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. kalau cepat siap fikiran pun tenang dan sempat lagi untuk menilai dan menyusun semula isi-isi yang tak begitu sempurna. 


2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.

Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.http://akuislam.com/blog/renungan/cara-mengurangkan-stress-tekanan/




Dalam psikologi, ia telah lama dipercayai bahawa orang yang menangguhkan mempunyai kelemahan didalam mengesan masa - mereka fikir mereka akan mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan sesuatu daripada sebenarnya masa yang sebenarnya mereka ada. https://www.psychologytoday.com/us/blog/better-perfect/201703/11-ways-overcome-procrastination  







Khamis, 16 November 2017

Udang goreng kunyit mudah

Udang goreng kunyit mudah




20 ekor udang sederhana besar
2 inci halia - hiris halus
Cili api merah 5 biji - ketuk2
Cili api hijau 3 biji- ketuk2
Kalau tak suka pedas ganti dengan cili besar merah dan hijau.
Tomato sebiji-potong 4
Daun bawang 4 tangkai, potong2
Bawang kuning sebiji besar- di mayang.

Cara:
Tumis bawang,halia,cili sampai naik bau dan layu bawangnya, masukkan udang kacau sebati hingga udang agak masak, kemudian masukkan tomato dan daun bawang. Gaulkan , bila udang sempurna masaknya padam api dan perasakan dengan garam, gaul biar sebati rasa. Senangnya...lepas tu makan dengan nasi panas...dah masak nasi lum??😁

Ahad, 15 Oktober 2017

Air mata ayah

Adakala bila bosan mengetuk diri, ku teringat arwah ayah yang selalu menemani bila aku perlu teman, upahnya hanya teh tarik dan roti canai, juga lawak jenaka yg membunuh sepi hati seorang tua.

Ayah yang senyum nya sering dibibir walau keringat membasah tubuh. Rasa bangga digendung ayah, tinggi, gagah....ayah lah wiraku. Ayah mampu mengubah segalanya... ayah super heroku. Tak pernah ku lihat ayah mengalah atau mengeloh, mungkin ayah sembunyikan resahnya, mungkin ayah sembunyikan gundahnya siapa lihat air mata seorang ayah??

Tapi... bila tua mengetuk usia, ayah ku lihat lemah seiring waktu, membuang pandangan lewat jendela rumah, lewat tingkap keretaku. Bahagiakah ayah menumpang keretaku ? wajah tuanya masih tak mampu menutup pilu, sesekali ada air mata di hujung mata yg tak pernah ku lihat dulu. Aku tahu ayah rindu gurau anaknya, yg comel  dan gebu, wajah yang didamba bila pulang kerja, dgn tangan penuh jajan.
Dia bukan mahu satu, bukan juga dua.. dia rindu semua anaknya.

Anaknya sibuk di kota besar, anaknya orang penting, anaknya kini isteri orang, anaknya kini suami, anaknya kini... sudah meletak jawatan dari menjadi anak seorang ayah. Sedang AYAH TUA masih sanggup memegang jawatan hingga kehujung usia. Dia ingin dipeluk, dia ingin dikucup ,dia ingin disapa, bukan wang yang dipinta walau memang ia amat perlu, untuk beli ubat, untuk beli surat khabar, untuk beli roti dan untuk hadiah dan jajan cucu yg ditunggu.

Sesekali mata redupnya tunduk memandang bumi, aku tahu... air matanya jatuh lagi.

Nasi minyak mudah dan sedap



Sesekali bila ada hari penting dalam keluarga, teringin masak sesuatu yang istimewa, Makan di luar dah biasa sangat. Waktu  kecik-kecik dulu kalau hari Jumaat atau Maulidur Rasul( dulu Maulud Nabi), dapatlah merasa nasi minyak. Entah bila pulak nasi minyak semakin menghilang dan di ganti dengan nasi biryani, nasi bukhara, nasi bukhari dan nasi tomato juga nasi hujan panas. Rindu pulak dengan nasi minyak yang agak mudah aja penyediaannya. Sekarang ni lauk yang dimakan dengan nasi biryani pun telah menjadi semakin kurang. Suatu masa dulu nasi minyak atau nasi biryani mesti disertai dengan pajeri nenas, acar timun dan dalca. Sekarang kebiasaannya hidangan nasi ini hanya disertai dengan jelatah dan dalca. Lauk utama ialah ayam masak merah, kurma daging , kambing atau daging masak hitam. Apa pun majlis kurang seri tanpa mana-mana nasi ini..itulah orang Malaysia kan?

Jom semak resepi yang biasa saya gunakan untuk hari istimewa di rumah. Jika mahukan lebih bahan-bahannya tambah lah ya ikut cita rasa. Jadikan resepi ini sebagai panduan. 







Nasi minyak Soga

Beras basmathi 4 pot susu
Air 4 pot susu
Minyak sapi 1/2 tin kecik
Minyak masak 1/2 cawan
Garam
Susu cair  1/2 tin
Bawang kuning besar 2 biji
Bawang putih 10 ulas
Halia 2 inci
Pewarna kuning
Gajus dan kismis sebagai hiasan
Rempah penumis(bunga lawang, cengkih, pelaga,kayu manis)
Daun ketumbar atau daun sop(saya letak dua-dua sebab suka kan aroma nya)


Cara2

Cuci dan rendam beras 30 minit kemudian tapis buang airnya.
Hiris bawang putih dan bawang kuning,
Potong halia dan mesin halus,
Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi dan minyak. Bila panas masukkan rempah penumis, biar aroma harumnya naik, masukkan bawang kuning dan putih, biar layu ( keluar rasa manis tau) masukkan halia kisar tadi, dalam seminit masukkan air 4 pot dan ( sama Banyak dengan beras). Masukkan susu . Masukkan garam  1 sudu makan.Masukkan daun sop/ ketumbar yg telah dipotong. Bila air mengelegak  masukkan beras dan jika menggunakan periuk letrik  boleh ubah dari dapur dan teruskan masak guna periuk letrik. Bila nasi hampir kering  titik kan pewarna kuning dan rata kan guna garfu atau chopstick untuk elakkan nasi patah atau hancur. Biarkan nasi masak dan hias dengan gajus goreng, kismis goreng, daun sop dan bawang putih (ikut suka dan kreativiti sendiri).

Kalau ada periuk pressure tu... Masukkan aje beras lepas tumis dan masukkan air, susu, garam,  daun ketumbar. Kalau nak nasi semua kuning masukkan sekali pewarna, kemudian terus tutup periuk dan tekan 10minit guna fungsi pressure. InsyaAllah.... Nasi siap gebu dan sebiji2.. Angkat dan hias.

Makan dengan kurma daging, acar timun, acar nenas, dalca, ayam masak merah, daging masak hitam...kalau nak lagi happening makan dalam talam....(terkenang zaman kecik ku). 

niza amir

Ahad, 1 Oktober 2017

Jalan-jalan Malaysia - Cameron Highland

Dah lama tak  jalan-jalan ke Cameron Highland. Hajat utama nak beli teh Strawberi memandangkan bekalan di rumah sudah pun kehabisan. Perjalanan tak dirancang ni terjadi sewaktu balik dari Sri Iskandar, sudah melalui Tapah apa lagi naiklah kami. Dalam perjalanan baru terfikir nak mencari penginapan sebab terasa agak letih bergerak seharian. Mujur ada, memandangkan hari tersebut bukan hari cuti umum atau hujung minggu. Namun begitu sekejapan sahaja bilik-bilik di rumah penginapan Cameron ini diisi penghuni. Dalam pencarian di booking.com entah macamana hati tergerak ingin mencuba Kea Garden Guest House yang baru muncul di senarai. Katanya baru beroperasi selama setahun. Harga dalam kategori budget atau sederhana. Setelah menempah kami dapat panggilan dari pekerja Kea Garden Guest House untuk memastikan tempahan kami. Rupanya kami terpaksa melalui pasar sayur dan buah-buahan yang selalu sibuk terlebih lagi jika hari cuti umum. Mujur hari itu tidak banyak kenderaan. Risau juga kalau pilihan saya tersasar dan  tidak selesa. 

Tempat meletak kereta pada ketika kami sampai agak lengang  dan menunjukkan ianya masih baharu.  Maklumlah bukan hari cuti umum. Untuk mendaftar kami perlu menaiki tangga dan mata terus terpandang keindahan bunga-bunga yang ditanam di bahagian hadapan bilik-bilik penginapan. Bilik penginapan didalam kategori biasa dan tidak meletakkan Kea Garden Guest House ini dalam kategori bintang. Jauh dari hingar dan pengunjung Cameron yang lain memandangkan ia berada jauh dari Brinchang dan Tanah Rata. Tidak rugi mencuba. Lain kali kita cuba penginapan yang lain pula, InsyaAllah.

Booking hotel atau home stay di cameron Highland atau mana-mana sahaja dengan menggunakan link yang saya sertakan ini.
InsyaAllah Mudah, memuaskan dan terjamin
https://www.booking.com/s/32_8/hainz024





Lata Iskandar




Kea Garden Guest House














                                                      sarapan nasi lemak di Brinchang




Tanah Rata



Medan selera di Brinchang



                            Jambu perasa Strawberi dan epal ( tak galakkan makan ya,                                                                       banyak ubat ni).



                                                    Peramah pekerja Indon ni.



                                                   Pasar sayur dan buah di jalan masuk
                                                   Kea Guest House.










Aneka jeruk buah-buahan
















                                                          Parking Kea Garden Guest House




Bilik penginapan















Hiasan landskap Kea Garden Guest House

















































































































Tanaman Strawberi





                                             Strawberi ditanam di tingkat atas. Kalau nak petik strawberri kena naik                                                 tangga dan jalan lah kat titi tu.




                                                                  Jalan lama Cameron Highland



Lata Iskandar


                                                    Surau untuk kemudahan pengunjung























Nampak tenang dan mendamaikan bila merentasi kehijauan dan alam semulajadi, sempat membeli petai dari peniaga kaum orang asli. Di sisi jalan Lata Iskandar terdapat gerai-gerai menjual makanan dan cenderahati. 



Rasa Tertekan Kerana Tugasan Yang Ditaip Berjam-jam Hilang Sekelip Mata.

Pernah tak melalui saat, apabila sahaja hampir tamat menaip semua tugasan dan perasaan pun dah mula berasa lega, minda hampir kosong dan ma...