Sabtu, 12 Ogos 2017

SEJARAH DAN FALSAFAH PSIKOLOGI





SEJARAH DAN FALSAFAH PSIKOLOGI



Hairulniza binti Amir Hamzah                                                                                                                         
                                              12 Ogos 2017





Contents

1.Pengenalan. 1

2. Apa itu Psikologi 1

2.1 psikologi sebagai satu kajian saintifik. 2

2.2 Psikologi mengkaji tingkah laku manusia. 3

2.3 Kajian keatas mental manusia. 3

2.1 Matlamat Psikologi 5

2.1.1 Memperihalkan. 5

2.1.2 Memahami 5

2.1.3 Meramalkan. 6

2.1.4 Mengawal tingkah laku. 6

2.2 Sejarah psikologi 6

3. Edward B. Titchener 8

4. Sumbangan Wilhelm Wundt kepada psikologi 11

5.Kesimpulan. 13

References


  
1.Pengenalan


Psikologi memainkan peranan yang penting didalam kehidupan manusia kini. Ilmu psikologi membantu didalam memahami manusia dengan lebih baik. Psikologi tidak sahaja mengajar kita mengkaji tingkah laku dengan memikir pelbagai faktor yang mungkin terlibat dalam berkelakuan, Bahkan psikologi melalui kajian sains yang dilakukan melibatkan aplikasi prosedur dan pendekatan saintifik dalam memahami tingkah laku manusia dan pada masa yang sama ia diaplikasikan ke atas pelbagai bidang yang berbeza dalam kehidupan manusia. Pertama, terdapat definisi psikologi, yang ditakrifkan oleh masyarakat sebagai 'kajian saintifik manusia, minda dan tingkah laku'. Oleh itu ianya adalah disiplin yang berada di tengah-tengah agenda kebajikan manusia dan masalah dunia. Psikologi boleh membuat sumbangan yang hampir tidak terbatas sebagai kuasa ilmiah utama dalam masyarakat. Ia telah melakukannya dalam banyak aspek, dan sering memainkan peranan penting di peringkat tertinggi rundingan antarabangsa. (Tommy, 2017)




Dengan adanya kefahaman dalam bidang psikologi kita dapat memahami dan menentukan bagaimana minda dan sistem badan seseorang itu berfungsi dan membantu individu di dalam membuat keputusan yang lebih baik. Beberapa tokoh psikologi seperti Wilhelm Wundt, Edward B. Tichener, Sigmund Freud, Carl Gustav Jung dan beberapa lagi tokoh telah menyumbang didalam beberapa teori psikologi yang diperolehi dari kajian mereka yang amat berguna kepada pelajar-pelajar ilmu psikologi, perubatan, kehidupan dan pelbagai industri di dunia.

2. Apa itu Psikologi

Psikologi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud jiwa, rohani atau mental iaitu Psyche (psiko), manakala logi adalah diambil dari perkataan logos yang bermaksud kajian. Perkataan ini telah menghasilkan berbagai definisi dari para pakar psikologi di seluruh dunia. Psikologi terbahagi kepada beberapa bahagian, iaitu psikologi sebagai satu kajian saintifik, psikologi mengkaji tingkah laku manusia dan kajian keatas mental manusia oleh pakar-pakar psikologi.Menurut kamus perubatan Medilexicon, psikologi adalah 'Profesi (psikologi klinikal), disiplin ilmiah (psikologi akademik), dan sains (psikologi penyelidikan) yang berkaitan dengan tingkah laku manusia dan haiwan, dan proses mental dan fisiologi yang berkaitan.' (Nordqvist, 2015)





Tahun 1879 merupakan tarikh psikologi diperkenalkan ke dunia - Pada tahun ini 1879 Wilhelm Wundt yang berasal dari Jerman telah mengasaskan psikologi sebagai bidang kajian eksperimen yang benar-benar bebas. Beliau menubuhkan makmal pertama yang menjalankan penyelidikan psikologi secara eksklusif di Universiti Leipzig. Wundt dikenali hari ini sebagai bapa psikologi.

Pengamal profesional bidang ini atau penyelidik dipanggil ahli psikologi dan boleh diklasifikasikan sebagai saintis sosial, tingkah laku, atau kognitif. Pakar psikologi cuba memahami peranan fungsi mental dalam tingkah laku individu dan sosial, disamping meneroka proses fisiologi dan biologi yang mendasari fungsi dan perilaku kognitif.



2.1 psikologi sebagai satu kajian saintifik

Kajian yang dilakukan oleh displin psikologi menggunakan kaedah penyelidikan saintifik seperti peninjauan,pemerhatian, kes kajian, kaji selidik dan lain-lain. Kesemua kajian yang dijalankan mempunyai ciri-ciri dan prosedur yang spesifik. Sains psikologi memberi manfaat kepada masyarakat dan meningkatkan kehidupan kita. Pakar psikologi mengkaji hubungan antara fungsi dan tingkah laku otak, dan alam sekitar juga tingkah laku, menerapkan apa yang mereka pelajari untuk menerangi pemahaman dan memperbaiki dunia di sekeliling kita. 
Ingin tahu adalah sebahagian daripada sifat manusia.Kita akan terus tertanya-tanya sejak kita kecil hingga menginjak usia dewasa. Oleh kerana psikologi adalah sains ia cuba menyelidik penyebab tingkah laku menggunakan prosedur sistematik dan objektif untuk pemerhatian, pengukuran dan analisis, disokong oleh tafsiran teoritis, generalisasi, penjelasan dan ramalan



Dengan menggunakan kaedah empirik, ahli psikologi menggunakan sikap ingin tahu dunia untuk mengumpul dan mentafsir data penyelidikan dan memahami serta menyelesaikan beberapa masalah yang paling mencabar masyarakat. Pakar psikologi menggunakan kaedah saintifik - menyatakan persoalan, menawarkan teori dan kemudian membina eksperimen makmal atau bahagian kajian yang ketat untuk menguji hipotesis. Pakar psikologi menerapkan pemahaman yang diperoleh melalui penyelidikan untuk mewujudkan strategi berasaskan bukti yang menyelesaikan masalah dan memperbaiki kehidupan. Hasilnya ialah sains psikologi memperkenalkan cara-cara yang baru dan lebih baik bagi manusia untuk wujud dan berkembang dalam dunia yang kompleks. Tujuan kajian psikologi adalah untuk 





menerangkan, menjelaskan, meramalkan dan mungkin mempengaruhi proses mental atau tingkah laku. Untuk melakukan ini, ahli psikologi menggunakan kaedah saintifik untuk menjalankan penyelidikan psikologi. Kaedah saintifik adalah satu set prinsip dan prosedur yang digunakan oleh penyelidik untuk membangunkan soalan, mengumpul data dan mencapai kesimpulan. (Cherry, 2016)




2.2 Psikologi mengkaji tingkah laku manusia

Tingkah laku manusia ialah perbuatan manusia yang boleh dilihat oleh mata kasar seperti makan, berlari, memandu, menari dan sebagainya. Kajian terhadap tingkah laku manusia adalah sama seperti tingkah laku diri sendiri, itulah sebabnya sangat penting bagi saintis sosial untuk menggunakan kaedah empirikal memilih peserta, mengumpul data, menganalisis dapatan mereka, dan melaporkan hasilnya. Kaedah penyelidikan psikologi sosial membolehkan ahli psikologi mendapatkan pandangan yang lebih baik tentang apa yang menyebabkan manusia terlibat dalam tingkah laku tertentu dalam situasi sosial. Ahli psikologi bergantung kepada beberapa kaedah saintifik yang berbeza untuk menjalankan penyelidikan mengenai topik psikologi sosial. Kaedah ini membolehkan penyelidik untuk menguji hipotesis dan teori dan mencari hubungan antara pembolehubah yang berbeza. (Kendra, 2016)




2.3 Kajian keatas mental manusia



Pakar psikologi juga menjalankan kajian keatas mental manusia dan ia dikenali sebagai tingkah laku terselindung. Ianya merupakan tingkah laku yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti khayalan , perasaan, mimpi,bayangan dan sebagainya. Otak manusia adalah alat yang hebat dan kuat. Ia membolehkan kita belajar, melihat, mengingati, mendengar, memahami, memahami dan mencipta bahasa.
Menurut (Sternberg, 2017) Kecerdasan manusia adalah kualiti mental yang terdiri daripada kebolehan belajar dari pengalaman, menyesuaikan diri dengan situasi baru, memahami dan mengendalikan konsep abstrak, dan menggunakan pengetahuan untuk memanipulasi persekitaran seseorang.



Kadang-kadang, otak manusia juga mengalami kegagalan. Pakar psikologi kognitif mengkaji bagaimana manusia dapat melihat, memproses dan menyimpan maklumat. Kerja-kerja ini boleh terdiri daripada kajian dan penerokaan bagaimana kita mempelajari bahasa untuk memahami interaksi antara kognisi dan emosi. Teknologi baru seperti pencitraan resonans magnetik (MRI) membolehkan para penyelidik melihat imej otak yang sedang bekerja dimana ianya membantu mereka memahami bagaimana otak bertindak balas kepada rangsangan tertentu atau bagaimana perbezaan struktur otak dapat mempengaruhi kesihatan seseorang, keperibadian atau fungsi kognitif . 



Kemunculan PET dan MRI mencetuskan satu letusan keinginan dalam mengaitkan fungsi kognitif kepada aktiviti otak manusia. Ini juga menimbulkan minat terhadap beberapa kaedah sedia ada yang dapat memberikan penyelesaian temporal yang lebih besar, seperti elektroensefalografi (EEG), dan teknik yang lebih kompleks tetapi berkaitan dengan magnetoencephalografi (MEG) (driver, 2007 )



Walau bagaimanapun, baru-baru ini, ahli psikologi secara umumnya bersetuju bahawa penyesuaian terhadap alam sekitar adalah kunci untuk memahami apakah itu kecerdasan dan apa yang dilakukannya. Penyesuaian seperti ini mungkin berlaku dalam pelbagai tetapan, contohnya,seorang pelajar di sekolah mempelajari bahan yang dia perlu tahu agar dapat dilakukan dengan baik dalam sesuatu kerja sekolah yang diberikan gurunya; Seorang doktor yang merawat pesakit dengan gejala yang tidak dikenali belajar tentang penyakit yang dideritai ; Atau seorang tukang masak menyempurnakan rasa masakannya agar menepati citarasa pengunjung restorannya . Untuk sebahagian besar, penyesuaian melibatkan perubahan dalam diri sendiri untuk mengatasi dengan lebih berkesan dengan alam sekitar, tetapi ia juga boleh mengubah persekitaran atau mencari sesuatu yang baharu.Salah satu perkara yang hebat tentang psikologi, yang membezakannya daripada sains yang lebih tua seperti fizik dan kimia, adalah bahawa kaitannya dengan kehidupan seharian sering lebih cepat dan jelas. (Woodford, 2017.)

Psikologi mempunyai berbagai pecahan untuk merusmuskan berbagai permasalahan yang perlu penyelesaian didalam amalan harian. Cabang psikologi yang utama digunakan hari ini ialah Psikologi klinikal,kognitif,perkembangan, forensik,kesihatan, neuropsikologi, pekerjaan dan sosial. Kesemua ini merupakan cabang utama disamping beberapa lagi cabang psikologi yang lain. Pengkhususan ini dapat melancarkan lagi penyelesaian yang dihadapi oleh bidang-bidang tertentu dengan lebih berkesan dan pantas.










Cabang utama psikologi (contohnya, psikologi personaliti, psikologi sosial, psikologi kognitif) menangani pelbagai fenomena yang berbeza. Oleh itu, mereka menggunakan kaedah yang berbeza, mempunyai teori yang berbeza, dan menghasilkan keputusan yang berbeza. Sudah tentu, terdapat beberapa pertindihan, kadang-kadang agak banyak. Tetapi psikologi agak khusus supaya kebanyakan pengajar cenderung bekerja dalam satu atau beberapa subfields, tidak dalam semua bidang disiplin (Øyvind Eikrem, 2016)




2.1 Matlamat Psikologi

Walaupun pengetahuan psikologi sering digunakan untuk penilaian dan rawatan masalah kesihatan mental, ia juga diarahkan ke arah pemahaman dan menyelesaikan masalah dalam beberapa bidang aktiviti manusia. Psikologi bukan tentang membaca minda atau cuba mengawal orang lain, sebagaimana yang difikirkan oleh ramai diluar sana.Empat tujuan utama psikologi adalah untuk memperihalkan, memahami, meramalkan dan mengawal tingkah laku dan proses mental manusia lain. 
Tiap-tiap displin mempunyai satu matlamat-matlamat yang tertentu, dan sedikit sebanyak kita telah lihat yang psikologi ialah satu displin yang mengkaji tingkah laku serta proses-proses jiwa manusia. Untuk memahami manusia dengan mendalam, bermacam kajian telah dilakukan ke atas semua skop kehidupannya. (Mohamed, 2014)



2.1.1 Memperihalkan



Psikologi adalah sains dan tujuannya adalah untuk memahami tingkah laku orang lain dan mengumpulkan maklumat tentang cara otak mereka bekerja dan berkhidmat kepada manusia. Dengan memerhati tingkah laku manusia yang berbeza, psikologi menentukan apa yang normal dan sihat dan apa yang tidak sihat. Psikologi menganalisis fikiran, perasaan, tindakan dan matlamat manusia melalui bantuan pelbagai kajian, pemerhatian dan kaji selidik.


2.1.2 Memahami



Matlamat kedua psikologi m menerangkan tingkah laku atau fenomena yang telah dijelaskan. Ahli psikologi yang memberi tumpuan kepada matlamat ini,cuba untuk mengetahui mengapa 



tingkah laku tersebut berlaku. Mereka menggunakan bantuan teori dan pengetahuan yang ada untuk menerangkan atau memahami tingkah laku. Dalam beberapa kes jika tidak mempunyai teori atau penyelidikan yang dapat menjelaskan perilaku, ahli psikologi akan membuat kenyataan tentatif dan cuba menguji hipotesis.



2.1.3 Meramalkan



Setelah memperihal dan memahami ahli psikologi akan meramalkan apakah yang akan dilakukan atau terjadi di masa akan datang. Ini dilakukan dengan berhati-hati menganalisis hubungan antara pembolehubah yang berbeza, ahli psikologi dapat meramalkan dengan tepat apa yang akan menjadi hubungan di masa depan di antara mereka. Ramalan membantu dalam mengubah tingkah laku. Ia difasilitasi dengan memahami hubungan tersebut.



2.1.4 Mengawal tingkah laku



Matlamat psikologi keempat adalah untuk mengawal, mengubah atau mengubah tingkah laku yang ada. Tingkah laku yang perlu diperbetulkan, diubahsuai melalui bantuan teknik psikologi. Tindakan ini hanya dilakukan ahli psikologi yang bekelayakan yang terlibat dengan perihal mengawal tingkah laku.Berdasarkan pengetahuan mendalam tentang bagaimana gaya hidup dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berkaitan dengan biologi, proses mental, dan hubungan sosial dan interaksi, ahli psikologi mengenal pasti dan membantu orang mengatasi halangan-halangan yang menghalang mereka daripada membuat pilihan yang lebih baik, daripada menjalankan lebih atau bekerja dengan lebih cekap menggunakan Teknologi selamat. Pakar psikologi menggunakan sains psikologi untuk membantu orang memanfaatkan potensi mereka dan membantu mereka melakukan pada tahap optimum. (A.P.A, 2017)



2.2 Sejarah psikologi



Dikatakan psikologi bermula di zaman Greek dan ada juga yang mengatakan ianya telah ada pada zaman tamadun Mesir, Persia, Yunani , Cina dan India. Kebanyakan kajian yang dilakukan pada ketika itu dibuat didalam kepercayaan yang berbentuk mistik dan teologikal. Plato menegaskan yang manusia ialah binatang yang rasional dan boleh berfikir sendiri 



dengan lojik dan ianya telah ada didalam diri manusia sejak ia dilahirkan. Manusia tidak perlu mempelajari segala selok belok hidup sebelum dia mengalaminya sendiri kerana manusia telah dicpita untuk berupaya dan berkebolehan menangani apa-apa masalah atau tugasan yang diterima.



Aristotle memberikan suatu pandangan yang berbeza dari Plato dimana dia menyatakan bahawa manusia adalah satu organisma biologi dimana sistem-sistem didalam diri manusia itu akan berinteraksi sesama sendiri. Sistem yang dimaksudkan Aristotle itu adalah jiwa,akal, fikiran dan perasaan. Menurut Aristotle manusia ini dilahirkan tanpa apa-apa pengetahuan dan mengisi sistem yang kosong apabila usia semakin meningkat dan melalui pengetahuan yang diperolehi daripada persekitarannya.



Falsafah diantara Aristotle dan Plato telah menjadi suatu perbezaan yang jelas dan menunujukkan perbezaan diantara pemikiran mereka, namun begitu ianya telah mempengaruhi falsafah psikologi dan memberi pengaruh didalam perkembangan psikologi moden. Kini, didapati falsafah Aristotle lebih bersifat saintifik dan diguna pakai oleh bidang psikologi moden dan melahirkan berbagai teori dari pakar-pakar psikologi seperti Wilhelm Wundt, Edward B. Titchener, Simund Freud, Ivan Pavlov dan ramai lagi untuk melengkapkan ilmu psikolgi bagi memahami lebih lanjut mengenai perlakuan dan pemikiran manusia.



Seperti banyak kajian saintifik, Aristotle berada di barisan hadapan untuk membangunkan asas-asas sejarah psikologi. Psikologi Aristotle, seperti yang dijangkakan, saling berkaitan dengan falsafah fikiran, pemikiran dan etika Nicomachean, tetapi kaedah psikologi bermula dengan fikirannya yang bijak dan pendekatan empirik. (Shuttleworth, 2017)

  


3. Edward B. Titchener 


Edward B. Titchener atau Edward Bradford Titchener lahir pada tanggal 11 Januari 1867, di Chichester, Sussex, England dan meninggal dunia pada 3 Ogos 1927 di Ithaca, New York, AS) .Merupakan ahli psikologi keturunan Inggeris dan tokoh utama didalam penubuhan eksperimen Psikologi di Amerika Syarikat. Titchener adalah murid kepada ahli psikologi Jerman yang merupakan pengasas eksperimen psikologi, Wilhelm Wundt. Pada tahun 1890 Titchener telah memasuki makmal Wilhelm Wundt di Universiti Leipzig dan telah menerima Ph.D. 1892.



Titchener membenarkan teori Wundt mengenai skop dan kaedah psikologi yang tepat dan sistematik. Dia benar-benar mengasimilasi dan menyokong pandangan bahawa keprihatinan psikologi adalah kajian eksperimen sistematik dari fikiran dewasa normal dan ianya sesuai.



Edward Bradford Titchener pada umumnya dianggap sebagai penyampai Wundt di Amerika. Beliau mempelajari psikologi yang sistematik, tetapi tidak mengecualikan cawangan lain juga. Pemimpin struktur struktural yang diakui, Titchener dinilai sebagai ahli psikologi paling terkenal di Amerika Syarikat, eksperimentalis yang paling 



terkenal, dan seorang guru inspirasi yang memandu banyak muridnya dalam arah prosedur saintifik. Sekolah strukturalisme dilahirkan di Cornell dan mempunyai kehidupan di Titchener dan pelajar kedoktorannya (Plucker, 2016)




Titchner tidak mahu menggangap bahawa psikologi adalah seuatu perusahaan yang sah dan tidak berminat untuk mengkaji haiwan, kanak-kanak, tingkah laku tidak normal atau perbezaan individu. Beliau cuba memodenkan pandangan Wundt dan menghasilkan penyelidikan makmal menggunakan kaedah introspeksi Wundt. Titchner menganggap 



bahawa psikologi adalah kajian pengalaman dari sudut pengalaman dan dari sudut pandang individu yang mengalami. Menurutnya semua unsur mesti wujud dalam keadaan sedar, oleh itu, kebiasaan, tindakan, naluri dan mana-mana mekanisme Dan mana-mana mekanisme Freudian yang diterima sama ada dari segi marginal daripadanya, atau tidak sama sekali. Dia juga mencirikan proses mental sebagai mempunyai kualiti, intensity, tempoh, ketelusan dan meluas.



Titchener menyediakan satu teori khas yang menjadi terkenal kerana ia terus muncul semula dalam bentuk yang berbeza dalam kerja psikologi dan ahli bahasa lain. Ia adalah “ teori teras konteks makna”. Menurut teori ini, proses mental baru (inti) memperoleh makna dari konteks proses mental yang lain di mana ia berlaku. Dalam bentuk yang paling sederhana, konteksnya 

mungkin hanya satu elemen mental yang lain, dan selain itu, seseorang tidak perlu menyedari konteks untuk memberikan makna (konteks yang tidak menyentuh).



Sumbangan Edward B. Titchener didalam bidang psikologi



Strukturalisme dalam psikologi adalah teori kesedaran yang diasaskan oleh Wilhelm Wundt lalu dikembangkan oleh Edward B. Titchener dimana ianya menganalisis minda orang dewasa (jumlah jumlah pengalaman dari lahir hingga masa kini) dari segi takrifan komponen yang mudah dan kemudian untuk mengetahui bagaimana komponen-komponen ini sesuai bersama untuk membentuk pengalaman yang lebih kompleks serta bagaimana mereka Berkaitan dengan peristiwa fizikal. Untuk melakukan ini, ahli psikologi menggunakan introspeksi, laporan diri sensasi, pandangan, perasaan, emosi,Menurut McCallum, Perhatian adalah kesedaran di sini dan sekarang dengan cara yang fokal dan persepsi. Bagi ahli psikologi awal, seperti Edward Bradford Titchener, perhatian menentukan kandungan kesedaran dan mempengaruhi kualiti pengalaman sedar (McCallum, 2017)



Beliau menjelaskan pandangan Wundt selepas kedatangannya di Cornell University, Ithaca, New York (1892), di mana beliau menjadi profesor psikologi (1895-1927). Dari 1898 Titchener merupakan pendorong utama psikologi struktur, yang melibatkan diri dengan komponen dan susunan keadaan mental dan proses.Dia bercita-cita untuk memindahkan psikologi yang ditubuhkan oleh Wundt yang telah diasaskan di Jerman dan telah menerjemahkankan 11 bidang kerja Jerman, termasuk tulisan Wundt dan Oswald Külpe. 



Beliau sendiri telah menulis sebanyak lapan karya, yang telah disemak dan diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa.

Walaupun paling terkenal dengan strukturnya, sumbangan Titchener kepada psikologi eksperimen masih boleh didapati dalam amalan psikologi hari ini. Banyak teori psikologinya berbeza dari mentornya, Wilhelm Wundt, namun adalah psikologi eksperimen adalah teori yang dipersetujui oleh kedua- dua mereka. Ianya merupakan kajian saintifik mengenai proses psikologi. Sebelum pengenalan psikologi eksperimen, dikatakan ramai yang menganggap psikologi hanyalah sebuah falsafah tulen, atau dengan kata lain, teori yang tidak terbukti.

Untuk diterima sebagai sains, Titchener tahu adalah penting bahawa teori psikologi dapat diuji dan hasilnya dapat diukur. Beliau sangat bergantung pada introspeksi, proses menguji pemikiran sendiri, sebagai alat utama untuk mengukur hasil. Dia melatih subjeknya untuk melaporkan unsur-unsur atau sensasi pemikiran, bukan nama objek itu sendiri. Untuk Titchener, hanya memanggil objek 'pensil' adalah kesilapan amat berat dan dia menyifatkan ianya sebagai kesilapan ransangan. Contohnya jika subjek diminta membuat lapuran mengenai sebatang pensil, Subjek dikehendaki melaporkan ciri-ciri pensel itu seperti warna, panjang, dan lain-lain. Subjek juga akan diarahkan untuk tidak melaporkan nama objek (pensil) kerana itu tidak menggambarkan data mentah apa yang dialami subjek. Titchener merujuk ini sebagai kesilapan rangsangan.

Karya beliau yang paling penting ialah Psikologi Eksperimen, yang dihasilkan sebanyak 4 jilid pada tahun (1901-05), ianya terdiri daripada dua manual pelajar dan dua manual guru, direka untuk latih tubi pelajar dalam kaedah makmal, manual tersebut dipatenkan untuk kegunaan didalam kajian kualitatif dan kuantitatif kimia. 


Antara karya-karya Titchener yang lain adalah A Textbook of Psychology (1910). Beliau merupakan ahli piagam Persatuan Psikologi Amerika pada tahun 1892, namun akhirnya beliau telah menarik diri berikutan mengasaskan Persatuan Pakar Psikologi Eksperimen pada tahun 1904.



4. Sumbangan Wilhelm Wundt kepada psikologi


Wilhelm Wundt merupakan seorang tokoh psikologi yang berasal dari Jerman. Beliau dikenali sebagai bapa psikologi. Dilahirkan pada 16 Ogos 1832 
dan meninggal dunia pada 31 Ogos 1920. Beliau telah membuka Institut Psikologi Eksperimen di Universiti Leipzig di Jerman pada tahun 1879. Dan merupakan makmal pertama yang ditujukan untuk psikologi dan dianggap sebagai permulaan psikologi moden. Beliau dikenali diatas Penubuhan makmal psikologi pertama dan
Pengaruhnya terhadap sekolah pemikiran yang dikenali sebagai structuralism 

IntrospectionPada tahun 1879 Wilhelm Wundt memulakan makmal psikologi pertama di Leipzig, Jerman. Sekolah psikologi yang Wundt bermula dan memperjuangkan sepanjang hayatnya dirujuk sebagai 'structuralism'. Oleh sebab itu, Wundt sering dirujuk sebagai bapa strukturalisme. (Hall, 1998)

Memegang ijazah dalam bidang perubatan., dia kemudiannya melanjutkan pelajaran dengan Johannes Muller dan setelah itu dengan ahli fizik Hermann von Helmholtz. Pengalaman kerja Wundt dengan kedua-dua individu ini dikatakan sangat mempengaruhi kerja-kerja kemudiannya dalam psikologi eksperimen. Wundt kemudian menulis Prinsip Psikologi Fisiologi (1874), yang membantu penghasilan prosedur eksperimen dalam penyelidikan psikologi.

Wundt sering dikaitkan dengan perspektif teoritis yang dikenali sebagai structuralism, dimana ianya melibatkan menggambarkan struktur yang membentuk minda.Melalui eksperimen introspeksi, Wundt mula mengkatalogkan sejumlah besar unsur kesadaran asas, yang boleh digabungkan dengan menggambarkan semua pengalaman manusia. (Hall, 1998)

 Strukturalisme dianggap sebagai sekolah pemikiran pertama dalam psikologi. Beliau percaya bahawa psikologi adalah sains pengalaman sedar yang melatih pemerhati agar dapat menerangkan dengan tepat tentang pemikiran, perasaan dan emosi melalui proses yang dikenali sebagai introspeksi. 



Introspeksi adalah pelaporan tepat pengalaman subjektif. Wundt menyedari bahawa terdapat batas kepada apa yang anda boleh perhatikan. Subjek dilatih secara meluas untuk membuat laporan yang konsisten dan tepat. Anda mungkin ditunjukkan objek dan diminta untuk menerangkan bagaimana anda merasakannya. Wundt percaya bahawa pengalaman mendalam ini adalah blok bangunan kognisi. Dia menggunakan kimia sebagai model. Blok bangunan ini adalah seperti unsur-unsur dalam kimia untuk Wundt. (Hoff, 2017)





Walau bagaimanapun, Wundt membuat perbezaan yang jelas antara introspeksi, yang dia percaya adalah tidak tepat, dan persepsi dalaman. Menurut Wundt, persepsi dalaman melibatkan pemerhati yang terlatih dengan baik dan sedar, apabila rangsangan minat diperkenalkan. Proses Wundt memerlukan pemerhati untuk menyedari dan memperhatikan fikiran dan tindak balas mereka terhadap rangsangan dan melibatkan pelbagai pembentangan rangsangan. Proses ini sudah tentu bergantung pada tafsiran peribadi kerana ia sangat subjektif. Wundt percaya bahawa secara beransur-ansur mengubah keadaan, eksperimen akan meningkatkan keluasan pemerhatian.


Sumbangan kepada Psikologi 

Wilhelm Wundt dikenali dengan penubuhan makmal psikologi pertama di Liepzig, Jerman, Ianya dianggap sebagai permulaan psikologi rasmi bidang sains yang terpisah dari falsafah dan fisiologi. Wundt juga telah menubuhkan jurnal psikologi iaitu jurnal Philosophical Studies. Beliau merupakan ahli psikologi yang paling berpengaruh di abad kedua puluh.

Penubuhan makmal psikologi telah menjadikan psikologi sebagai bidang pengajian yang berasingan dengan kaedah dan soalannya sendiri. Sokongan Wilhelm Wundt terhadap psikologi eksperimen juga menetapkan tahap untuk behaviorisme dan banyak kaedah eksperimennya masih digunakan hari ini. 
Ramai dikalangan ahli psikologi terkenal bermula sebagai pelajar beliau. Diantara ahli psikologi yang dikenali ialah Edward Titchener, James McKeen Cattell,Charles Spearman, G. Stanley Hall, Charles Judd dan Hugo Munsterberg. Semasa kerjaya akademik beliau, Wundt melatih 186 pelajar siswazah (116 dalam bidang psikologi). Ini penting kerana ia membantu menyebarkan kerjanya. Sesungguhnya bahagian-bahagian teori Wundt telah dibangunkan dan dipromosikan oleh pelajarnya yang satu masa, Edward Titchener, yang menggambarkan sistemnya sebagai Strukturalisme, atau analisis unsur-unsur asas yang membentuk minda. (McLeod, 2008)


Penekanannya pada kaedah eksperimen telah membuka jalan untuk masa depan psikologi eksperimen. Melalui sumbangannya, bidang baru telah ditubuhkan dan diilhami penyelidik lain untuk meneroka dan mempelajari minda dan kelakuan manusia.

Psikologi bukanlah sesuatu yang asing didalam kehidupan manusia. Ianya ternyata telah dilalui dan diamalkan sekian lama sejak dunia ini mula bertamadun, namun caranya mungkin agak berbeza dari zaman Plato dan Aristotle sehinggalah ianya mula digunakan sebagai penyuluh ilmu psikologi dan dikembangkan lagi cabang dan pemikiran oleh para ahli psikologi,seperti Edward B. Titchener dan mentornya Wilhelm Wundt yang telah membuka pemikiran dengan menubuhkan makmal yang menyokong eksperimen yang dilakukan bagi mengkaji tindak-tanduk manusia. Psikologi difahami di luar sana sebagai suatu ilmu dimana pengamalnya dapat membaca diri manusia sedangkan ianya adalah merupakan bidang yang mengkaji perangai dan pemikiran manusia dan tidak sesekali dilangusngkan dengan ilmu mistik atau magis.Tidak dapat disangkal ianya merupakan satu bidang yang boleh meramal perangai manusia kerana matlamat psikologi adalah memperihal, memahami, meramal dan mengawal perangai dan pemikiran manusia .Kaedah saintifik digunakan bagi mecatat dan menyokong kajian bagi tujuan ini. 



Pakar psikologi menggunakan penyelidikan saintifik untuk lebih memahami bagaimana orang belajar, mentafsir peristiwa dan membuat keputusan. Mereka kemudian menerjemahkan pengetahuan itu menjadi teknik untuk membantu orang membuat pilihan yang lebih bijak dalam kehidupan seharian mereka. (A.P.A, 2017)


Bermula dari itu lebih ramai ahli psikologi telah mula membuat kajian dan mencari rumusan serta penyelesaian. Berbagai teori dikemukan dan ianya telah membuka lebih ruang pekerjaan dan penyelesaian didalam pelbagai industri. Walaupun gaji mungkin berbeza-beza, Statistik Astronomi Buruh A.S. meramalkan pertumbuhan pesakit psikologi lebih cepat daripada purata. Permintaan untuk ahli psikologi dijangka berkembang sebanyak 19 peratus menjelang tahun 2024. (Cherry, 2016)






















APENDIKs

References

A.P.A. (2017). Helping People Improve Their Lives. Retrieved from Psychology:science in Action: http://www.apa.org/
Cherry, K. ( 2016, August 23). An over view of psychology. Retrieved from Very well: https://www.verywell.com
driver, j. (2007 , March 29). introduction. Mental processes in the human brain. Retrieved from PMC: https://www.ncbi.nlm.nih.gov
Hall, R. (1998). Structuralism . Retrieved from Psychology world: http://web.mst.edu
Hoff, A. (2017). Wilhelm Wundt and Introspection. Retrieved from Andrew Hoff.com: http://andrewhoff.com
Kendra, c. ( 2016, July 21). How Do Social Psychologists Conduct Research? Retrieved from Very Well: https://www.verywell.com
McCallum, W. C. (2017). Attention. Retrieved from Encyclopedia Britannica: https://www.britannica.com
McLeod, S. (2008). Wilhelm Wundt. Retrieved from simply psychology: https://simplypsychology.org
Mohamed, m. N. (2014). Pengenalan kepada Psikologi. In M. m. nazar, Pengantar Psikologi (p. 5). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nordqvist, C. ( 2015, August 14). What is psychology? What are the branches of psychology? Retrieved from medical news today: http://www.medicalnewstoday.com
Øyvind Eikrem. ( 2016, september 23). How do the major branches of psychology differ from each other? Retrieved from quora.com: https://www.quora.com
Plucker, J. (2016, December 20). Edward Bradford Titchener. Retrieved from Human intelligence: http://intelltheory.com
Shuttleworth, M. (2017). Aristotle's Psychology. Retrieved from Explorable: https://explorable.com
Sternberg, R. J. ( 2017, April 26). Human intelligence. Retrieved from Human intelligence Psychology: https://www.britannica.com
Tommy, M. k. (2017). Psychology’s contribution. Retrieved from The Psychologist: https://thepsychologist.bps.org.uk
Woodford, C. ( 2017., january 30). Psychology. Retrieved from explain that stuff: http://www.explainthatstuff.com



/



Jumaat, 11 Ogos 2017

PERSEPSI DAN EMOSI



Hairulniza binti Amir Hamzah
                                                        2017                                                            

Contents

  

Emosi dilihat sebagai perlakuan manusia yang membawa kepada penonjolan perasaan gembira, marah, sedih, takut, benci, iri hati, ketakutan juga perbuatan gelak ketawa dan juga menangis. Sebenarnya haiwan juga mengalami emosi ini. Emosi ini diambil dari perkataan latin ”emovere” yang bererti melangkah jauh. Emosi pada dasarnya adalah dorongan kepada seseorang individu untuk  bertindak. Apabila seseorang merasa gembira dia akan kelihatan sungguh ceria dan senang berbicara dengan sesiapa yang ditemui juga mudah untuk ketawa apabila ada perlakuan atau peristiwa yang menggeletek hati, manakala jika dia berada didalam keadaan sedih, individu biasanya akan kelihatan murung dan senang menangis malah tidak suka untuk bergaul dan berbicara dengan individu atau kumpulan yang lain.

Emosi amat penting didalam kehidupan seharian, ia menunjukkan reaksi dan perlakuan kita didalam menjalani kehidupan seharian. Menurut buku perception dan emotion (Bogenfurst, 2011) Kita selalu dikejutkan oleh emosi kerana emosi didalam senyap akan mengejutkan anda tanpa dijangka.apabila emosi gagal dikawal, ia akan menjadi merbahaya. Berbagai tindakan yang menjurus daripada emosi yang diluar kawalan ini contohnya pergaduhan yang kadangkala berakhir dengan tragedi dan mungkin juga tindakan membunuh diri.

Emosi sering dikaitkan dengan mood,personaliti dan  perangai, oleh itu ia menjadi kajian oleh para penyelidik bagi mencari kaitan tersebut. (mohamed, 2014)Pada amnya, emosi dan perasaan ini boleh membentuk sikap serta personaliti seseorang individu itu. Bagaimana seseorang itu bertindak,  penampilannya dan tindakannya akan kita lihat melalui perlakuannya seharian, dimana ianya mungkin berterusan atau mengikut keadaan tertentu.


Kita akan membincangkan perbezaan diantara emosi, mood, personaliti dan perangai untuk melihat apakah pengaruhnya didalam perlakuan  yang ditonjolkan oleh manusia.


Emosi ialah satu cara yang ditonjolkan oleh individu untuk memuaskan apa yang dirasa pada ketika itu. Ianya adalah tindak balas yang terhasil dari perubahan didalam proses psikologi dan psikologi individu tersebut. Jika seseorang mengalami sesuatu yang menggembirakan dia akan menjadi sungguh teruja, ketawa dan tersenyum dimana wajahnya juga akan kelihatan kemerah-merahan dan berseri. Sebaliknya jika dia berada didalam situasi negatif atau bersedih, dia akan kelihatan murung dan mungkin menangis  juga berwajah pucat. Dalam situasi yang menakutkan kemungkinan seseorang individu akan membuat tindakan berlari dengan pantas jauh dari sesuatu yang ditakuti itu dan mengalami nafas yang kencang, berpeluh dan tidak selesa di bahagian perutnya, mungkin dia akan muntah dan mengalami sakit perut atau langsung pengsan didalam menghadapi situasi tersebut. Kita mendapat emosi sebagai cara kita
Menyesuaikan diri dengan ancaman dan peluang yang muncul. Emosi menediakan kita tentang data terkini mengenai dunia dikelililing kita dan merangsang untuk  sel  ditubuh  badan kita bertindak lebih lanjut.

Emosi adalah pengalaman yang di lakukan didalam sedar dan dihasilkan dari aktiviti mental yang giat dimana ianya menghasilkan keseronokan juga ketidakselesaan. Individu yang beritndak mengikut emosi dilihat sebagai seorang yang tidak menggunakan fikiran atas tindakan yang dihasilkan.Mengikut beberapa teori, emosi adalah sesuatu yang kompleks dimana ianya merupakan perasaan yang membawa kepada perubahan fizikal dan psikologi hingga mempengaruhi tindakan  dan tingkah laku seseorang. Emosi melibatkan beberapa komponen berbeza seperti perubahan psikofisiologi, tingkah laku instrumental, proses kognitif, tingkah laku ekspreksif dan prngalaman subjektif. Ianya boleh ditakrifkan sebabagai pengalaman yang menyumbang kepada corak aktiviti fisiologi tertentu yang dikaitkan dengan pengalaman positif dan negatif. 'Emosi adalah keadaan psikologi yang kompleks yang melibatkan tiga komponen yang berbeza: pengalaman subjektif, respons fisiologi, dan respon tingkah laku atau ekspresif.' (Hockenbury, 2007)

Menurut pendapat Ian Health. Apabila emosi seseorang mula pudar, emosi yang lainnya akan mula terjana. Oleh itu idea didalam fikiran manusia akan berubah secara otomatik. Emosi yang segar akan membawa bersama idea yang berkaitan dengannya (Health, 2002)

Seseorang akan sentiasa mengalami emosi pada bila-bila masa. Sesuatu emosi hanya boleh bertahan didalam angka masa beberapa ketika dan ianya akan bertukar kepada emosi yang lain pula. Contoh paling jelas ialah apabila seseorang marah ianya akan menunjukkan segala ciri-ciri yang jelas apabila marah seperti berwajah merah dan mungkin mengeluarkan suara yang kuat juga nafas yang laju, matanya menjadi bulat dan merah. Kemarahan ini akhirnya tidak akan menjadi sesuatu yang berterusan dimana individu tersebut akan mula merasa penat dan akhirnya bertukar emosi kepada yang lain pula.


Mood adalah keadaan emosi yang boleh berlaku didalam jangka masa beberapa minit hingga beberapa minggu. Mood adalah campuran perasaan dan emosi ketika kita melalui kehidupan harian dimana  Mood adalah keadaan mental + fizikal + emosi separa berterusan. Mood akan mempengaruhi kesan kepada cara tindakbalas yang diperolehi dari rangsangan. Contohnya kesedihan yang dialami boleh memberi kesan negatif dan cenderung untuk memberi tindak balas negatif keatas perlakuan. Jika seseorang itu merasa gembira kesan yang akan membuat seseorang itu menghasilkan perlakuan yang positif seperti ketawa, menari, beramah mesra dan sebagainya. Mood dan emosi adalah sesuatu yang berbeza.Mood akan bertahan lebih lama dari emosi. Contohnya jika seseorang menerima sesuatu hadiah atau pujian, ia akan secara tiba-tiba menukarkan emosinya kepada gembira pada ketika itu. Manakala mood yang gembira atau bahagia pula adalah sesuatu tindakan yang terjadi daripada hasil ransangan luar dimana mood akan berlangsung lebih lama dari emosi. . Mood adalah keadaan disposisi yang berlangsung selama beberapa minit atau jam Kedua-dua kesan buruk dan positif kesan positif terhadap langkah-langkah kognitif kompleks yang mungkin melibatkan kawalan kognitif telah dilaporkan. Di satu pihak terdapat bukti bahawa kenyataan afektif positif dikaitkan dengan peningkatan gangguan dan merosakkan perancangan (Elizabeth A.Martin, 2012)
Tidur dikenalpasti sebagai faktor yang menyumbang kepada pembentukan mood. Sering didapati mereka yang kurang masa tidur mendapat masalah depresi. Diet,ubat dan faktor gaya hidup juga boleh mempengaruhi mood seseorang. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa keputusan yang diambil oleh seseorang itu dipengaruhi oleh moodnya pada ketika itu. Seseorang yang yang sedang berada didalam mood yang bersemangat mungkin akan memberi penyampaian yang terbaik dan bertenaga sewaktu membentangkan kertas kerja atau kerja-kerja yang memerlukan semangat seperti pengiklanan dan sebagainya

Sebenarnya mood itu terhasil dari diri sendiri. Diri kita yang bertanggungjawab didalam menentukan mood dan terhasilnya mood. Contohnya Jika anda bakal menghadapi temuduga keesokan hari, tentunya hari-hari sebelumnya anda menyiapkan diri untuk menghadapinya dengan membaca dan mencari maklumat yang boleh menyokong anda semasa temuduga tersebut. Anda memakai pakaian yang kemas dan yakin untuk menghadapinya, malangnya anda tidak dapat menjawab beberapa soalan penemuduga. Pasti anda  merasa anda telah gagal lalu terhasillah perasaan yang negatif dan menjadikan anda sepanjang hari kelihatan sedih, kurang bercakap dan tidak lalu makan, dimana ianya telah membentuk mood sepanjang hari itu. Andainya anda menghadapi perkara tadi dengan rasa senang, tentulah anda menghasilkan mood yang positif dan menghadapi hari anda dengan gembira dan bersosial seperti biasa.

Apabila anda berada dalam mood yang baik, anda mengambil perspektif jangka panjang, 'kata Gardner. 'Anda melihat hutan, bukan pokok ... Apabila anda berfokus pada jangka masa terdekat, apabila anda melihat apa yang ada di depan mata anda, anda bertindak balas dengan apa yang akan memberi anda keseronokan yang cepat. Dan itu sangat dicetuskan oleh perasaan tidak enak. Tetapi kita boleh melawannya. (Gardner, 2014).Bolehlah disimpulkan turutan bahawa mood membawa kepada emosi dan menjadi tindakan yang dihasilkan oleh individu. 

Mood --->emosi  --->tindakan.







Personaliti merupakan suatu perkataan yang mentakrifkan seseorang individu itu secara khusus dan jelas tentang bagaimana mereka bertindak, berekspresi, berpersepsi, berfikir atau beraksi. Ianya melambangkan keperibadian dan keunikan seseorang berbanding individu yang lain. Setiap individu mempunyai sikap, gaya serta sifat yang tersendiri yang dikenal pasti sebagai personaliti. Konsep yang membezakan individu dengan yang lain dikenali sebagai konsep tipikal dan berbeza.Tipikal ialah adalah sifat yang kebiasannya terdapat pada individu seperti pemurah, pemalu dan sebagainya. Berbeza ialah keunikan yang dimiliki oleh individu yang berlainan didalam cara mereka berfikir,bertindak dan merasa.Konsep inilah yang membuatkan setiap manusia berbeza dari yang lainSetiap individu mempunyai cara berperilaku tersendiri, bertindak balas kepada emosi, memahami benda dan melihat dunia. Tiada dua individu yang sama. (msg, 2017)

Oleh itu ianya memperihalkan sifat-sifat individu yang dimiliki seperrti fizikal, kognitif dan emosi. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi Personaliti seperti faktor warisan, pengalaman dan budaya.


Faktor Warisan

Sesetengah personaliti diwarisi melalui genetik atau biological. Contoh yang jelas apabila dua kembar seiras yang dibesarkan didalam suasana dan persekitaran yang berbeza , namun masih menunjukkan beberapa persamaan yang nyata dari segi personaliti.



Faktor Pengalaman

Personaliti juga dikatakan dipengaruhi daripada pergaulan dengan rakan-rakan, saudara mara dan ibu bapa. Kebanyakan ahli psikologi memercayai bahawa ibu lebih banyak mempengaruhi didalam perhubungan awal emosi dan pembentukan tingkah laku anak-anak dimana ibu merupakan model kepada anak-anak mereka.


Faktor Budaya


Tingkah laku boleh anak-anak boleh dibentuk daripada kehidupan sekilliling seperti masyarakat dimana mereka tinggal, ibu bapa, kelompok etnik, kelompok agama,kelompok komuniti yang terlibat didalam pembentukan komuniti mereka. Mereka akan membesar didalam pengaruh dan membentuk personliti hingga dewasa sebagaimana yang dijalani dan dikehendaki.
Menurut Skinner(1953) proses pembelajaran terutama sekali pembentukan sesuatu tingkah laku pada asasnya bergantung kepada perkaitan diantara tindak balas dengan peristiwa yang berlaku dalam alam sekitaran individu itu. Oleh itu situasi sekitaran memainkan peranan penting didalam pembentukan personality seseorang individu. (Mohamed, 2014)


Dalam pembentukan dan perangkaan teori personaliti, pakar-pakar behaviorisme dan pembelajaran memegang kepada tiga andaian tentang manusia. Andaian tersebut adalah


i. Tingkah laku manusia dipelajari melalui proses perkaitan.

ii. Manusia pada asasnya akan cenderung kearah sesuatu nikmat dan menjauhi kesakitan.

iii. Tingkah laku manusia pada asasnya ditentukan oleh alam sekitaran.





2.4 Perangai

Perangai adalah sebuah aspek keperibadian yang dibawa oleh individu, jika ia disamakan dengan mood maka ia merupakan sebuah mood yang bersifat kekal. Ianya adalah satu set keunikan individu yang mencirikan aspek emosi dan aktiviti dinamik seseorang (aktiviti mental dan tingkah laku). Ciri-ciri individu dan ciri-ciri perangai dapat memupuk atau menghalang perkembangan sifat keperibadian. Perkataan 'temperament'(perangai) yang diterjemahkan dari bahasa Latin bermakna 'hubungan sempurna untuk bahagian’. Yang setara dengannya perkataan Yunani 'krasis' ('penggabungan, pencampuran'), ianya diperkenalkan oleh Hippocrates. Dengan 'perangai' ini memberi maksud ciri-ciri anatomi, fisiologi, dan psikologi seseorang. Hippocrates menjelaskan jenis temperamen sebagai tingkah laku yang ditentukan oleh kelaziman salah satu daripada empat cecair badan.

  • Tenggorok (atau limfa) menjadikan seseorang itu tenang dan perlahan - fleksibel
  • Kuning hempedu (choli) membuat orang lemah-marah dan mudah marah - choleric. 
  • Darah (sanguis) menjadikan orang yang jelas dan ceria - sanguine. 
  • Hitam empedu (melena choli) menjadikan seseorang sedih dan takut - melankolik.
Konsep ini masih mempunyai pengaruh terhadap kesusasteraan, seni, dan sains. Jenis-jenis perangai memainkan peranan penting dalam psikologi moden, dalam falsafah Immanuel Kant dan Rudolph Hermann Lotze. (Shevtsova, 2017)

Penjelasan generik perangai manusia adalah bahawa kita semua telah dilahirkan dengan kecenderungan tingkah laku waris 'genetik' yang merupakan sebahagian daripada DNA kita seperti warna rambut kita; Kita semua terdiri daripada gabungan DNA yang disumbangkan oleh ibu bapa dan nenek moyang kita. Inilah yang menunjukkan bagaimana kita memiliki asas tingkah laku. Namun begitu persekitaran juga memainkan peranan didalam membentuk dan mempengaruhi perangai manusia. 50% kepelbagaian peribadi manusia ditentukan oleh faktor genetic dimana menunjukkan bahawa perangai manusia itu dibentuk sebagaimana lingkungan kita dan dari DNA kita dan kita dipengaruhi oleh alam sekeliling kita. Kita jarang dapat melihat manusia dengan ciri-ciri ketara tertentu. Sifat-sifat campuran dalam pelbagai kombinasi adalah lebih biasa. Walau bagaimanapun, kelebihan ciri-cira mana-mana perangai, menjadi kemungkinan untuk menimbulkan sifat seseorang kepada jenis tertentu (Shevtsova, 2017)



Analisis saintifik menyatakan keperibadian manusia ini terbahagi kepada Extroverts dan introverts.
Exroverts (keperibadian terlampau)-merupakan Jenis-jenis keperibadian yang terdapat didalam lingkungan Choleric dan Sanguine, dimana ianya menunjukkan perangai yang luar biasa dan suka beramah mesra. Mereka yang berperibadi begini amat suka berada di majlis keramaian atau dimana terdapat ramai kumpulan manusia.


Orang yang mempunyai keperibadian sanguine cenderung bersikap meriah, optimis, ceria, dan tidak peduli. Mereka suka pengembaraan dan mempunyai toleransi risiko yang tinggi. Biasanya, orang Sanguine tidak suka sessuatu yang membosankan dan akan mencari pelbagai hiburan. (Dr. Paul Hysen, 2017)

Introverted- Jenis kepeibadian Melancholy dan Phlegmatic. Peribadi ini menunjukkan perangai individu yang tidak merasa selesa apabila berada di kalangan orang ramai,mereka akan mudah cemas dan berasa sukar untuk bersosial apabila berada didalam kumpulan manusia yang ramai. Semua manusia mempunyai ke empat-empat tahap keperibadian tersebut. Dan kebanyakannya mempunyai perangai sekunder yang jelas.

Tiada individu yang mempunyai satu jenis keperibadian sahaja dan kebanyakan kita mempunyai perangai sekunder yang sangat kuat. Sekiranya anda mengambil salah satu ujian keperibadian yang ada pada hari ini, anda akan mendapati bahawa anda mempunyai ciri-ciri dominan dalam beberapa temperamen, dan setiap jenis personaliti mempunyai ciri umum yang berkaitan dengannya. Perlu diingatkan bahawa terdapat pelbagai peringkat Extroversion dan Introversion (Ekstrand, 2017)


Perangai adalah asas perkembangan watak dan ianya mempunyai kesan kepada cara komunikasi dan tingkah laku manusia. Ianya adalah aspek semula jadi seseorang dan tidak dapat diubah. Seseorang yang mempunyai apa-apa jenis perangai boleh berupaya dan boleh juga tidak mampu. Jenis temperamen tidak mempengaruhi kebolehan seseorang; Terdapat jenis perangai manusia yang mampu menyelesaikan beberapa objektif penting lebih mudah daripada manusia yang lain.

3.Perbincangan Dua Teori Emosi

Emosi adalah satu jenis kesan, jenis lain adalah mood, temperamen dan sensasi (contohnya, sakit). Emosi boleh difahami sebagai sama ada kenyataan atau sebagai proses. Apabila difahami sebagai keadaan (seperti marah,gembira atau takut), emosi adalah satu bentuk keadaan mental yang berinteraksi dengan keadaan mental yang lain dan menyebabkan tingkah laku tertentu.




3.Teori Emosi James-Lange

Teori emosi James-Lange menunjukkan bahawa emosi berlaku akibat tindak balas fisiologi terhadap peristiwa yang berlaku. Emosi yang terhasil bergantung kepada kejadian yang berlaku apabila anda menafsirkan tindak balas tersebut. Sebagai contohnya anda adalah seorang yang amat takut kepada ular dan binatang yang merayap. Suatu hari anda telah keluar ke kebun untuk membersihkan semak samun. Tiba-tiba anda telah terlihat akan seekor ular tedung didalam semak yang berhampiran. Dengan tidak semena-mena anda telah menjadi takut dan menggigil, anda ingin melarikan diri secepat mungkin atau pun memanjat pokok yang berhampiran. Reaksi ini terjadi apabila peredaran darah menjadi semakin cepat dan paru-paru mengepam dengan lebih laju, lalu anda menafsirkan tindak balas fizikal dan menyimpulkan bahawa anda sedang didalam ketakutan ( saya gementar , Oleh itu saya takut) Menurut teori ini, orang tidak menangis kerana merasa sedih. Sebaliknya, orang berasa sedih kerana mereka menangis, dan, begitu juga, mereka berasa gembira kerana mereka tersenyum. Teori ini menunjukkan bahawa keadaan fisiologi yang berbeza sesuai dengan pengalaman emosi yang berbeza.
Sebahagian awal dari proses ini biasanya diambil untuk memasukkan penilaian rangsangan, yang bermaksud bahwa kejadian emosi bergantung pada bagaimana individu memahami atau 'melihat' rangsangan. Contohnya, seseorang boleh bertindak balas daripada kerja dengan kemarahan, sementara orang lain bertindak dengan gembira-bergantung kepada bagaimana individu menilai kejadian ini. Mempunyai komponen evaluatif dalam proses ini bermakna bahawa emosi bukanlah tindak balas yang mudah dan langsung kepada rangsangan. Dengan cara ini, emosi berbeza dari refleks seperti tindak balas yang mengejutkan atau tindak balas mata, yang memberi respons langsung kepada rangsangan tertentu. (Johnson, 2017)





Teori ini dikenali juga sebagai teori emosi dua –faktor.Teori Schachter-Singer adalah contoh teori emosi kognitif.Teori ini menunjukkan bahawa kebangkitan fisiologi berlaku lebih awal. Hati akan menjadi berdebar, tekanan darah akan meningkat, nafas menjadi bertambah kencang lalu adrenalin mengalir didalam darah. Kemudian individu harus mengenal pasti sebab untuk ransangan ini , untuk mengalami dan melabelnya sebagai emosi. Contohnya,Jika ianya satu ransangan yang mengembirakan, seperti memenangi sebuah kereta didalam cabutan bertuah program ASB pastinya emosi yang timbul adalah gembira, manakala jika ransangan yang diterima berupa melihat seekor monyet liar yang ingin menerkam anda, pasti emosinya berupa ketakutan.
Rangsangan membawa kepada tindak balas fisiologi yang kemudian difahami secara kognitif dan dilabel yang menyebabkan emosi. (Cherry, 2017)

.Teori Schachter-Singer memandang emosi sebagai hasil dari interaksi dua faktor: fisiologi arousal dan kognisi.

3.3Kesimpulan Perbincangan Dua Teori Emosi


Penyelidik telah membangunkan beberapa teori tentang bagaimana emosi manusia timbul dan diwakili di dalam otak. Seperti teori James-Lange dan Cannon-Bard, teori emosi Schachter-Singer (juga dikenali sebagai teori dua faktor) cuba menjelaskan emosi kerana ia berkaitan dengan fisiologi kegairahan. Menurut teori Schacter-Singer, emosi hasil dari interaksi antara dua faktor: fisiologi arousal dan kognisi. Lebih khusus lagi, teori ini mendakwa bahawa rangsangan fisiologi secara kognitif diterjemahkan dalam konteks setiap situasi, yang akhirnya menghasilkan pengalaman emosi. Interpretasi kognitif ini menyatakan bagaimana seseorang melabel dan memahami apa yang mereka alami, dibentuk berdasarkan pengalaman masa lalu individu itu.
Menurut teori Schacter-Singer, rangsangan fisiologi secara kognitif ditafsirkan berdasarkan konteks alam sekitar; Proses ini memuncak dalam pengalaman emosi. (Boundless, 2016)
  
Terdapat berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menenangkan diri dan menguruskan emosi agar ianya terkawal dan dikendali dengan sebaiknya.

Seseorang yang dapat menenangkan diri, dapat memikirkan yang terbaik didalam menangani pelbagai situasi. Disaat menerima masalah cuba tenangkan diri dengan melakukan beberapa senaman atau gerakan yang boleh menenangkan dan menurunkan kadar pernafasan dan denyutan jantung yang laju seperti menarik nafas dalam-dalam dan menghembus keluar mengikut ritma dan hitungan satu hingga sepuluh. Bayangkan sesuatu yang positif atau alih perhatian dan melakukan aktiviti yang boleh menenangkan anda, seperti membersihkan halaman rumah, menyiram bunga atau melukis. Membangun semangat. Semua orang perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu hobi, kata Gardere, sama ada ia menjaga tanaman, mengumpul barangan antik, atau mendengar muzik. Anda harus melakukan sesuatu yang membawa anda kegembiraan sebenar - semangat yang semua milik anda dan tiada siapa yang boleh mengambil dari anda. Mempunyai hobi dan bangga dengannya adalah cara terbaik untuk meningkatkan harga diri. (Orenstein, 2017 )

Elakkan keadaan yang boleh mencetuskan emosi yang tidak diingini. Jika anda senang menjadi marah apabila tidak bersedia dan mempunyai waktu yang terbatas, Pesiapkan diri anda dengan lebih sempurna dan awal waktu, Oleh itu segalanya akan siap lebih awal dan berbagai kemungkinan yang bakal dihadapi telah dapat diselesaikan lebih awal dan tepat waktu. Satu lagi rangsangan pengawalan diri boleh datang dari meditasi kesedaran. Perhatian adalah langkah pertama dalam pengawalseliaan diri sendiri, jadi belajar untuk terus menumpukan perhatian akan membantu anda kurang menangguhkan dengan menguatkan peraturan diri. (Pychyl, 2009)

Jika anda berasa marah atau mungkin kehilangan sesuatu diri anda telah didorong untuk mencetus emosi yang tidak menyenangkan, Cuba lah mengubah fikiran walaupun anda tahu sebenarnya anda tahu anda sebenarnya tidak dapat mengubah keadaan.Sekurang-kurangnya ia dapat mengubah cara anda percaya bahawa situasi itu telah mempengaruhi anda.Anda telah
menggantikan pemikiran yang merasa tidak puas atau gagal kepada kegembiraan atau pun sekurang-kurangnya kepuasan.

Emosi negatif mengikat kita kepada pemikiran negatif yang berulang, mewujudkan corak pola negatif yang benar. Apabila anda berhadapan dengan emosi yang membuat anda merasa atau berfikir sesuatu yang buruk, paksa ia keluar dari fikiran anda dan gantikannya dengan pemikiran yang berbeza. Bayangkan resolusi yang sesuai untuk masalah anda bermain, fikirkan tentang seseorang yang membuat anda gembira atau ingat satu peristiwa yang membuat anda tersenyum. (Hara C. , 2013 )



4.4. Ubah Tindakan


Kawal tindak balas.Mungkin anda tidak dapat mengalahkan perasaan yang tidak menyenangkan apabila marah atau cemas. Ambil nafas panjang dan tutupkan mata agar dapat menenangkan diri. Atau ubah lah ekspresi wajah anda untuk diselaraskan dengan suasana yang perlu disekeliling anda.

Mengetahui pencetus emosi anda boleh membantu anda mengelakkan masalah di tempat pertama. Mampu mengubah fikiran dan tindak balas anda akan membina keyakinan anda terhadap keupayaan anda sendiri untuk mengatasi. Dengan amalan, anda akan dapat mengubah negatif menjadi positif, dan, setiap kali, mendapat pemenuhan emosi. (Witbourne, 2015)


4.5 Ubah Keadaan


Mungkin emosi yang anda cuba tolak adalah kekecewaan. Anda sentiasa berharap untuk memuaskan hati seseorang . sebagai contoh, untuk melayan rakan- rakan atau keluarga anda dengan sempurna apabila bertandang ke rumah anda. Anda membayangkan dapat memberi hidangan yang enak dan sempurna kepada mereka di ruangan rumah anda yang kemas dan cantik. Harapan anda yang tinggi untuk hidangan dan dekorasi rumah itu mungkin terlalu tinggi. Ubah keadaan dengan mencari resipi yang berada dalam lingkungan keupayaan anda dan hiaslah rumah anda agar bersih dan kemas sahaja. Kemungkinan hidangan lempeng anda bersama sambal tumis udang yang dimakan bersama di ruangan yang bersih dan kemas itu lebih menarik dari pizza atau sphagetti. Sikap anda terhadap stres boleh menjejaskan kesihatan anda daripada tekanan itu sendiri. Sekiranya masalah itu berada di luar kawalan anda, pengertian itu dan ubah semula masalah untuk menentukan bahagian mana yang boleh anda elakkan atau mengendalikan. (Rosenthal, 2011)

Terdapat berbagai cara untuk kita mengendalikan emosi dan tidak tertakluk kepada cara-cara dan syarat tertentu. Cara yang dilakukan oleh kita mungkin berbeza dengan individu yang lain.
Emosi perlu dikawal dan diselenggara dengan baik agar ianya tidak menjejaskan mood yang akhirnya boleh menjejas kan kehidupan harian. Personaliti dan perangai kita amat barkait rapat
dengan mood dan emosi yang kita lalui. Jika mood menjadi sesuatu yang berlanjutan maka ianya akan menjadi personaliti dan menonjolkan perangai.

Kebolehan untuk mengubah fikiran dan reaksi akan membina keyakinan didalam kebolehan anda sendiri untuk mengatasinya. Dengan latihan, anda akan berkebolehan untuk menukarkan sesuatu yang negatif kepada sesuatu yang positif, dan setiap masa akan memperolehi kepuasan emosi. (Gross, 2014)


APENDIKS

(n.d.).
Bogenfurst, A. A. (2011). emotion. In A. A. Bogenfurst, Perception and Emotion (p. 92). Open University malaysia.
Boundless. ( 2016, September 20). Schachter–Singer Theory of Emotion (Two-Factor Theory. Retrieved from Boundless.com: https://www.boundless.com
Cherry, K. (2017, May 10). What Are the 6 Major Theories of Emotion? Retrieved from Very well: https://www.verywell.com
Dr. Paul Hysen, P. (2017). Four Temperaments: Sanguine, Phlegmatic, Choleric, and Melancholic Personality Typessychology.co. Retrieved from psychology.co: http://psychologia.co/
Ekstrand, D. D. (2017). THE FOUR HUMAN TEMPERAMENTS. Retrieved from The transformed soul: http://www.thetransformedsoul.com
Elizabeth A.Martin, J. G. (2012, February 1). The Influence of Positive Mood on Different Aspects of Cognitive Control. Retrieved from PMC, US national Library of Medicine: https://www.ncbi.nlm.nih.gov
Gardner, M. (2014, march 6). journal of consumer psychology. Retrieved from The Atlantic: https://www.theatlantic.com
Gross, J. J. (2014). Emotion, emotion regulation, and psychopathology:. Retrieved from Clinical Psychological Science.: https://www.psychologytoday.com
Hara, C. (2013 , July 30). 6 Steps to Controlling Your Emotions. Retrieved from Huff Post: http://www.huffingtonpost.com
Hara, D. C. (2013, 30 7). 6 Steps to Controlling Your Emotions. Retrieved from Huffpost: http://www.huffingtonpost.com
Health, I. (2002). Psychology of emotion. Retrieved from Psychologyst World: https://www.psychologistworld.com
Hockenbury, H. &. (2007). What Are Emotions and the Types of Emotional Responses? Retrieved from Verywell: https://www.verywell.com
Johnson, G. (2017). Theories of Emotion. Retrieved from Internet Encyclopedia of Philosophy: http://www.iep.utm.edu
mohamed, m. n. (2014). perasaan dan emosi manusia. In m. n. mohamed, pengantar psikologi (p. 314). dewan bahasa dan pustaka.
Mohamed, m. n. (2014). Personaliti dan Penilaiannya . In m. n. Mohamed, Pengantar Psikologi (p. 278). Dewan Bahasa dan Pustaka.
msg. (2017). Personality and Personality Development - An Overview. Retrieved from management study guide: http://www.managementstudyguide.com/personality-development.htm
Orenstein, B. W. ( 2017 ). 10 Ways to Boost Your Emotional Health. Retrieved from everydayhealth: http://www.everydayhealth.com
Pychyl, T. (2009, Sept 1). Tips that keep you one step ahead of procrastination. Retrieved from psychology today: https://www.psychologytoday.com
Rosenthal, N. (2011, August 11). 9 Simple Tips to Help You Manage Your Emotions. Retrieved from Norman Rosenthal M.D: https://www.normanrosenthal.com
Shevtsova, M. (2017, February 2). Temperament and Its Four Types. Retrieved from Undepress: http://undepress.net
Witbourne, S. k. (2015, February 7). 5 Ways to Get Your Unwanted Emotions Under Control. Retrieved from https://www.psychologytoday.com: https://www.psychologytoday.com




























Rasa Tertekan Kerana Tugasan Yang Ditaip Berjam-jam Hilang Sekelip Mata.

Pernah tak melalui saat, apabila sahaja hampir tamat menaip semua tugasan dan perasaan pun dah mula berasa lega, minda hampir kosong dan ma...