Dah lama tak jalan-jalan ke Cameron Highland. Hajat utama nak beli teh Strawberi memandangkan bekalan di rumah sudah pun kehabisan. Perjalanan tak dirancang ni terjadi sewaktu balik dari Sri Iskandar, sudah melalui Tapah apa lagi naiklah kami. Dalam perjalanan baru terfikir nak mencari penginapan sebab terasa agak letih bergerak seharian. Mujur ada, memandangkan hari tersebut bukan hari cuti umum atau hujung minggu. Namun begitu sekejapan sahaja bilik-bilik di rumah penginapan Cameron ini diisi penghuni. Dalam pencarian di booking.com entah macamana hati tergerak ingin mencuba Kea Garden Guest House yang baru muncul di senarai. Katanya baru beroperasi selama setahun. Harga dalam kategori budget atau sederhana. Setelah menempah kami dapat panggilan dari pekerja Kea Garden Guest House untuk memastikan tempahan kami. Rupanya kami terpaksa melalui pasar sayur dan buah-buahan yang selalu sibuk terlebih lagi jika hari cuti umum. Mujur hari itu tidak banyak kenderaan. Risau juga kalau pilihan saya tersasar dan tidak selesa.
Tempat meletak kereta pada ketika kami sampai agak lengang dan menunjukkan ianya masih baharu. Maklumlah bukan hari cuti umum. Untuk mendaftar kami perlu menaiki tangga dan mata terus terpandang keindahan bunga-bunga yang ditanam di bahagian hadapan bilik-bilik penginapan. Bilik penginapan didalam kategori biasa dan tidak meletakkan Kea Garden Guest House ini dalam kategori bintang. Jauh dari hingar dan pengunjung Cameron yang lain memandangkan ia berada jauh dari Brinchang dan Tanah Rata. Tidak rugi mencuba. Lain kali kita cuba penginapan yang lain pula, InsyaAllah.
Booking hotel atau home stay di cameron Highland atau mana-mana sahaja dengan menggunakan link yang saya sertakan ini.
InsyaAllah Mudah, memuaskan dan terjamin
https://www.booking.com/s/32_8/hainz024
Lata Iskandar
Kea Garden Guest House
sarapan nasi lemak di Brinchang
Tanah Rata
Medan selera di Brinchang
Jambu perasa Strawberi dan epal ( tak galakkan makan ya, banyak ubat ni).
Peramah pekerja Indon ni.
Pasar sayur dan buah di jalan masuk
Kea Guest House.
Aneka jeruk buah-buahan
Parking Kea Garden Guest House
Bilik penginapan
Hiasan landskap Kea Garden Guest House
Tanaman Strawberi
Strawberi ditanam di tingkat atas. Kalau nak petik strawberri kena naik tangga dan jalan lah kat titi tu.
Jalan lama Cameron Highland
Lata Iskandar
Nampak tenang dan mendamaikan bila merentasi kehijauan dan alam semulajadi, sempat membeli petai dari peniaga kaum orang asli. Di sisi jalan Lata Iskandar terdapat gerai-gerai menjual makanan dan cenderahati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan