Hairulniza binti Amir Hamzah
2017
Contents
Emosi dilihat sebagai perlakuan manusia yang
membawa kepada penonjolan perasaan gembira, marah, sedih, takut, benci, iri
hati, ketakutan juga perbuatan gelak ketawa dan juga menangis. Sebenarnya
haiwan juga mengalami emosi ini. Emosi ini diambil dari perkataan latin
”emovere” yang bererti melangkah jauh. Emosi pada dasarnya adalah dorongan
kepada seseorang individu untuk
bertindak. Apabila seseorang merasa gembira dia akan kelihatan sungguh
ceria dan senang berbicara dengan sesiapa yang ditemui juga mudah untuk ketawa
apabila ada perlakuan atau peristiwa yang menggeletek hati, manakala jika dia
berada didalam keadaan sedih, individu biasanya akan kelihatan murung dan
senang menangis malah tidak suka untuk bergaul dan berbicara dengan individu
atau kumpulan yang lain.
Emosi amat penting didalam kehidupan seharian, ia
menunjukkan reaksi dan perlakuan kita didalam menjalani kehidupan seharian. Menurut buku perception dan emotion (Bogenfurst, 2011) Kita selalu dikejutkan oleh emosi kerana emosi didalam senyap akan mengejutkan anda tanpa dijangka.apabila emosi gagal dikawal, ia akan menjadi merbahaya. Berbagai tindakan yang menjurus daripada
emosi yang diluar kawalan ini contohnya pergaduhan yang kadangkala berakhir
dengan tragedi dan mungkin juga tindakan membunuh diri.
Emosi sering dikaitkan dengan mood,personaliti
dan perangai, oleh itu ia menjadi kajian
oleh para penyelidik bagi mencari kaitan tersebut. (mohamed, 2014)Pada amnya, emosi dan perasaan ini boleh membentuk sikap serta personaliti seseorang individu itu. Bagaimana seseorang itu bertindak, penampilannya dan tindakannya akan kita lihat
melalui perlakuannya seharian, dimana ianya mungkin berterusan atau mengikut
keadaan tertentu.
Kita akan membincangkan perbezaan diantara emosi, mood, personaliti dan
perangai untuk melihat apakah pengaruhnya didalam perlakuan yang ditonjolkan oleh manusia.
Emosi ialah satu cara yang ditonjolkan oleh
individu untuk memuaskan apa yang dirasa pada ketika itu. Ianya adalah tindak
balas yang terhasil dari perubahan didalam proses psikologi dan psikologi
individu tersebut. Jika seseorang mengalami sesuatu yang menggembirakan dia
akan menjadi sungguh teruja, ketawa dan tersenyum dimana wajahnya juga akan
kelihatan kemerah-merahan dan berseri. Sebaliknya jika dia berada didalam
situasi negatif atau bersedih, dia akan kelihatan murung dan mungkin
menangis juga berwajah pucat. Dalam
situasi yang menakutkan kemungkinan seseorang individu akan membuat tindakan
berlari dengan pantas jauh dari sesuatu yang ditakuti itu dan mengalami nafas
yang kencang, berpeluh dan tidak selesa di bahagian perutnya, mungkin dia akan
muntah dan mengalami sakit perut atau langsung pengsan didalam menghadapi
situasi tersebut.
Kita mendapat emosi sebagai cara kita
Menyesuaikan diri dengan
ancaman dan peluang yang muncul. Emosi menediakan kita tentang data terkini
mengenai dunia dikelililing kita dan merangsang untuk sel
ditubuh badan kita bertindak
lebih lanjut.
Emosi adalah pengalaman yang di lakukan didalam
sedar dan dihasilkan dari aktiviti mental yang giat dimana ianya menghasilkan
keseronokan juga ketidakselesaan. Individu yang beritndak mengikut emosi
dilihat sebagai seorang yang tidak menggunakan fikiran atas tindakan yang dihasilkan.Mengikut
beberapa teori, emosi adalah sesuatu yang kompleks dimana ianya merupakan
perasaan yang membawa kepada perubahan fizikal dan psikologi hingga
mempengaruhi tindakan dan tingkah laku
seseorang. Emosi melibatkan beberapa komponen berbeza seperti perubahan
psikofisiologi, tingkah laku instrumental, proses kognitif, tingkah laku
ekspreksif dan prngalaman subjektif. Ianya boleh ditakrifkan sebabagai
pengalaman yang menyumbang kepada corak aktiviti fisiologi tertentu yang
dikaitkan dengan pengalaman positif dan negatif. 'Emosi adalah keadaan psikologi yang kompleks yang melibatkan tiga komponen yang berbeza: pengalaman subjektif, respons fisiologi, dan respon tingkah laku atau ekspresif.' (Hockenbury, 2007)
Menurut pendapat Ian Health. Apabila emosi seseorang mula pudar, emosi yang lainnya akan mula terjana. Oleh itu idea didalam fikiran manusia akan berubah secara otomatik. Emosi yang segar akan membawa bersama idea yang berkaitan dengannya (Health, 2002)
Seseorang akan sentiasa mengalami emosi pada
bila-bila masa. Sesuatu emosi hanya boleh bertahan didalam angka masa beberapa
ketika dan ianya akan bertukar kepada emosi yang lain pula. Contoh paling jelas
ialah apabila seseorang marah ianya akan menunjukkan segala ciri-ciri yang
jelas apabila marah seperti berwajah merah dan mungkin mengeluarkan suara yang
kuat juga nafas yang laju, matanya menjadi bulat dan merah. Kemarahan ini
akhirnya tidak akan menjadi sesuatu yang berterusan dimana individu tersebut
akan mula merasa penat dan akhirnya bertukar emosi kepada yang lain pula.
Mood adalah keadaan emosi yang boleh berlaku didalam jangka masa
beberapa minit hingga beberapa minggu. Mood adalah campuran perasaan dan emosi ketika kita melalui kehidupan
harian dimana Mood adalah keadaan mental
+ fizikal + emosi separa berterusan. Mood akan mempengaruhi kesan kepada
cara tindakbalas yang diperolehi dari rangsangan. Contohnya kesedihan yang
dialami boleh memberi kesan negatif dan cenderung untuk memberi tindak balas
negatif keatas perlakuan. Jika seseorang itu merasa gembira kesan yang akan
membuat seseorang itu menghasilkan perlakuan yang positif seperti ketawa,
menari, beramah mesra dan sebagainya. Mood dan emosi adalah sesuatu yang
berbeza.Mood akan bertahan lebih lama dari emosi. Contohnya jika seseorang
menerima sesuatu hadiah atau pujian, ia akan secara tiba-tiba menukarkan
emosinya kepada gembira pada ketika itu. Manakala mood yang gembira atau
bahagia pula adalah sesuatu tindakan yang terjadi daripada hasil ransangan luar
dimana mood akan berlangsung lebih lama dari emosi. . Mood adalah keadaan disposisi yang berlangsung selama beberapa minit atau jam Kedua-dua kesan buruk dan positif kesan positif terhadap langkah-langkah kognitif kompleks yang mungkin melibatkan kawalan kognitif telah dilaporkan. Di satu pihak terdapat bukti bahawa kenyataan afektif positif dikaitkan dengan peningkatan gangguan dan merosakkan perancangan (Elizabeth A.Martin, 2012)
Tidur dikenalpasti sebagai faktor yang menyumbang kepada pembentukan
mood. Sering didapati mereka yang kurang masa tidur mendapat masalah depresi.
Diet,ubat dan faktor gaya hidup juga boleh mempengaruhi mood seseorang.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa keputusan yang diambil oleh seseorang
itu dipengaruhi oleh moodnya pada ketika itu. Seseorang yang yang sedang berada
didalam mood yang bersemangat mungkin akan memberi penyampaian yang terbaik dan bertenaga sewaktu membentangkan kertas
kerja atau kerja-kerja yang memerlukan semangat seperti pengiklanan dan
sebagainya
Sebenarnya mood itu terhasil dari diri sendiri.
Diri kita yang bertanggungjawab didalam menentukan mood dan terhasilnya mood.
Contohnya Jika anda bakal menghadapi temuduga keesokan hari, tentunya hari-hari
sebelumnya anda menyiapkan diri untuk menghadapinya dengan membaca dan mencari
maklumat yang boleh menyokong anda semasa temuduga tersebut. Anda memakai
pakaian yang kemas dan yakin untuk menghadapinya, malangnya anda tidak dapat
menjawab beberapa soalan penemuduga. Pasti anda
merasa anda telah gagal lalu terhasillah perasaan yang negatif dan
menjadikan anda sepanjang hari kelihatan sedih, kurang bercakap dan tidak lalu
makan, dimana ianya telah membentuk mood sepanjang hari itu. Andainya anda
menghadapi perkara tadi dengan rasa senang, tentulah anda menghasilkan mood
yang positif dan menghadapi hari anda dengan gembira dan bersosial seperti
biasa.
Apabila anda berada dalam mood yang baik, anda mengambil perspektif jangka panjang, 'kata Gardner. 'Anda melihat hutan, bukan pokok ... Apabila anda berfokus pada jangka masa terdekat, apabila anda melihat apa yang ada di depan mata anda, anda bertindak balas dengan apa yang akan memberi anda keseronokan yang cepat. Dan itu sangat dicetuskan oleh perasaan tidak enak. Tetapi kita boleh melawannya. (Gardner, 2014).Bolehlah disimpulkan turutan bahawa mood membawa kepada emosi dan menjadi tindakan yang dihasilkan oleh individu.
Mood --->emosi --->tindakan.
Personaliti merupakan suatu perkataan yang mentakrifkan seseorang individu itu secara khusus dan jelas tentang bagaimana mereka bertindak, berekspresi, berpersepsi, berfikir atau beraksi. Ianya melambangkan keperibadian dan keunikan seseorang berbanding individu yang lain. Setiap individu mempunyai sikap, gaya serta sifat yang tersendiri yang dikenal pasti sebagai personaliti. Konsep yang membezakan individu dengan yang lain dikenali sebagai konsep tipikal dan berbeza.Tipikal ialah adalah sifat yang kebiasannya terdapat pada individu seperti pemurah, pemalu dan sebagainya. Berbeza ialah keunikan yang dimiliki oleh individu yang berlainan didalam cara mereka berfikir,bertindak dan merasa.Konsep inilah yang membuatkan setiap manusia berbeza dari yang lain. Setiap individu mempunyai cara berperilaku tersendiri, bertindak balas kepada emosi, memahami benda dan melihat dunia. Tiada dua individu yang sama. (msg, 2017)
Oleh itu ianya memperihalkan sifat-sifat individu yang dimiliki seperrti fizikal, kognitif dan emosi. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi Personaliti seperti faktor warisan, pengalaman dan budaya.
Faktor Warisan
Sesetengah personaliti diwarisi melalui genetik atau biological. Contoh yang jelas apabila dua kembar seiras yang dibesarkan didalam suasana dan persekitaran yang berbeza , namun masih menunjukkan beberapa persamaan yang nyata dari segi personaliti.
Faktor Pengalaman
Personaliti juga dikatakan dipengaruhi daripada pergaulan dengan rakan-rakan, saudara mara dan ibu bapa. Kebanyakan ahli psikologi memercayai bahawa ibu lebih banyak mempengaruhi didalam perhubungan awal emosi dan pembentukan tingkah laku anak-anak dimana ibu merupakan model kepada anak-anak mereka.
Faktor Budaya
Tingkah laku boleh anak-anak boleh dibentuk daripada kehidupan sekilliling seperti masyarakat dimana mereka tinggal, ibu bapa, kelompok etnik, kelompok agama,kelompok komuniti yang terlibat didalam pembentukan komuniti mereka. Mereka akan membesar didalam pengaruh dan membentuk personliti hingga dewasa sebagaimana yang dijalani dan dikehendaki.
Menurut Skinner(1953) proses pembelajaran terutama sekali pembentukan sesuatu tingkah laku pada asasnya bergantung kepada perkaitan diantara tindak balas dengan peristiwa yang berlaku dalam alam sekitaran individu itu. Oleh itu situasi sekitaran memainkan peranan penting didalam pembentukan personality seseorang individu. (Mohamed, 2014)
Dalam pembentukan dan perangkaan teori personaliti, pakar-pakar behaviorisme dan pembelajaran memegang kepada tiga andaian tentang manusia. Andaian tersebut adalah
i. Tingkah laku manusia dipelajari melalui proses perkaitan.
ii. Manusia pada asasnya akan cenderung kearah sesuatu nikmat dan menjauhi kesakitan.
iii. Tingkah laku manusia pada asasnya ditentukan oleh alam sekitaran.
2.4 Perangai
Perangai adalah sebuah aspek keperibadian yang dibawa oleh individu, jika ia disamakan dengan mood maka ia merupakan sebuah mood yang bersifat kekal. Ianya adalah satu set keunikan individu yang mencirikan aspek emosi dan aktiviti dinamik seseorang (aktiviti mental dan tingkah laku). Ciri-ciri individu dan ciri-ciri perangai dapat memupuk atau menghalang perkembangan sifat keperibadian. Perkataan 'temperament'(perangai) yang diterjemahkan dari bahasa Latin bermakna 'hubungan sempurna untuk bahagian’. Yang setara dengannya perkataan Yunani 'krasis' ('penggabungan, pencampuran'), ianya diperkenalkan oleh Hippocrates. Dengan 'perangai' ini memberi maksud ciri-ciri anatomi, fisiologi, dan psikologi seseorang. Hippocrates menjelaskan jenis temperamen sebagai tingkah laku yang ditentukan oleh kelaziman salah satu daripada empat cecair badan.
Analisis saintifik menyatakan keperibadian manusia ini terbahagi kepada Extroverts dan introverts.
Exroverts (keperibadian terlampau)-merupakan Jenis-jenis keperibadian yang terdapat didalam lingkungan Choleric dan Sanguine, dimana ianya menunjukkan perangai yang luar biasa dan suka beramah mesra. Mereka yang berperibadi begini amat suka berada di majlis keramaian atau dimana terdapat ramai kumpulan manusia.
Orang yang mempunyai keperibadian sanguine cenderung bersikap meriah, optimis, ceria, dan tidak peduli. Mereka suka pengembaraan dan mempunyai toleransi risiko yang tinggi. Biasanya, orang Sanguine tidak suka sessuatu yang membosankan dan akan mencari pelbagai hiburan. (Dr. Paul Hysen, 2017)
Introverted- Jenis kepeibadian Melancholy dan Phlegmatic. Peribadi ini menunjukkan perangai individu yang tidak merasa selesa apabila berada di kalangan orang ramai,mereka akan mudah cemas dan berasa sukar untuk bersosial apabila berada didalam kumpulan manusia yang ramai. Semua manusia mempunyai ke empat-empat tahap keperibadian tersebut. Dan kebanyakannya mempunyai perangai sekunder yang jelas.
Tiada individu yang mempunyai satu jenis keperibadian sahaja dan kebanyakan kita mempunyai perangai sekunder yang sangat kuat. Sekiranya anda mengambil salah satu ujian keperibadian yang ada pada hari ini, anda akan mendapati bahawa anda mempunyai ciri-ciri dominan dalam beberapa temperamen, dan setiap jenis personaliti mempunyai ciri umum yang berkaitan dengannya. Perlu diingatkan bahawa terdapat pelbagai peringkat Extroversion dan Introversion (Ekstrand, 2017)
Perangai adalah asas perkembangan watak dan ianya mempunyai kesan kepada cara komunikasi dan tingkah laku manusia. Ianya adalah aspek semula jadi seseorang dan tidak dapat diubah. Seseorang yang mempunyai apa-apa jenis perangai boleh berupaya dan boleh juga tidak mampu. Jenis temperamen tidak mempengaruhi kebolehan seseorang; Terdapat jenis perangai manusia yang mampu menyelesaikan beberapa objektif penting lebih mudah daripada manusia yang lain.
3.Perbincangan Dua Teori Emosi
Emosi adalah satu jenis kesan, jenis lain adalah mood, temperamen dan sensasi (contohnya, sakit). Emosi boleh difahami sebagai sama ada kenyataan atau sebagai proses. Apabila difahami sebagai keadaan (seperti marah,gembira atau takut), emosi adalah satu bentuk keadaan mental yang berinteraksi dengan keadaan mental yang lain dan menyebabkan tingkah laku tertentu.
3.Teori Emosi James-Lange
Teori emosi James-Lange menunjukkan bahawa emosi berlaku akibat tindak balas fisiologi terhadap peristiwa yang berlaku. Emosi yang terhasil bergantung kepada kejadian yang berlaku apabila anda menafsirkan tindak balas tersebut. Sebagai contohnya anda adalah seorang yang amat takut kepada ular dan binatang yang merayap. Suatu hari anda telah keluar ke kebun untuk membersihkan semak samun. Tiba-tiba anda telah terlihat akan seekor ular tedung didalam semak yang berhampiran. Dengan tidak semena-mena anda telah menjadi takut dan menggigil, anda ingin melarikan diri secepat mungkin atau pun memanjat pokok yang berhampiran. Reaksi ini terjadi apabila peredaran darah menjadi semakin cepat dan paru-paru mengepam dengan lebih laju, lalu anda menafsirkan tindak balas fizikal dan menyimpulkan bahawa anda sedang didalam ketakutan ( saya gementar , Oleh itu saya takut) Menurut teori ini, orang tidak menangis kerana merasa sedih. Sebaliknya, orang berasa sedih kerana mereka menangis, dan, begitu juga, mereka berasa gembira kerana mereka tersenyum. Teori ini menunjukkan bahawa keadaan fisiologi yang berbeza sesuai dengan pengalaman emosi yang berbeza.
Sebahagian awal dari proses ini biasanya diambil untuk memasukkan penilaian rangsangan, yang bermaksud bahwa kejadian emosi bergantung pada bagaimana individu memahami atau 'melihat' rangsangan. Contohnya, seseorang boleh bertindak balas daripada kerja dengan kemarahan, sementara orang lain bertindak dengan gembira-bergantung kepada bagaimana individu menilai kejadian ini. Mempunyai komponen evaluatif dalam proses ini bermakna bahawa emosi bukanlah tindak balas yang mudah dan langsung kepada rangsangan. Dengan cara ini, emosi berbeza dari refleks seperti tindak balas yang mengejutkan atau tindak balas mata, yang memberi respons langsung kepada rangsangan tertentu. (Johnson, 2017)
3.3Kesimpulan Perbincangan Dua Teori Emosi
Penyelidik telah membangunkan beberapa teori tentang bagaimana emosi manusia timbul dan diwakili di dalam otak. Seperti teori James-Lange dan Cannon-Bard, teori emosi Schachter-Singer (juga dikenali sebagai teori dua faktor) cuba menjelaskan emosi kerana ia berkaitan dengan fisiologi kegairahan. Menurut teori Schacter-Singer, emosi hasil dari interaksi antara dua faktor: fisiologi arousal dan kognisi. Lebih khusus lagi, teori ini mendakwa bahawa rangsangan fisiologi secara kognitif diterjemahkan dalam konteks setiap situasi, yang akhirnya menghasilkan pengalaman emosi. Interpretasi kognitif ini menyatakan bagaimana seseorang melabel dan memahami apa yang mereka alami, dibentuk berdasarkan pengalaman masa lalu individu itu.
Menurut teori Schacter-Singer, rangsangan fisiologi secara kognitif ditafsirkan berdasarkan konteks alam sekitar; Proses ini memuncak dalam pengalaman emosi. (Boundless, 2016)
4.4. Ubah Tindakan
Kawal tindak balas.Mungkin anda tidak dapat mengalahkan perasaan yang tidak menyenangkan apabila marah atau cemas. Ambil nafas panjang dan tutupkan mata agar dapat menenangkan diri. Atau ubah lah ekspresi wajah anda untuk diselaraskan dengan suasana yang perlu disekeliling anda.

- Tenggorok (atau limfa) menjadikan seseorang itu tenang dan perlahan - fleksibel
- Kuning hempedu (choli) membuat orang lemah-marah dan mudah marah - choleric.
- Darah (sanguis) menjadikan orang yang jelas dan ceria - sanguine.
- Hitam empedu (melena choli) menjadikan seseorang sedih dan takut - melankolik.
Penjelasan generik perangai manusia adalah bahawa kita semua telah dilahirkan dengan kecenderungan tingkah laku waris 'genetik' yang merupakan sebahagian daripada DNA kita seperti warna rambut kita; Kita semua terdiri daripada gabungan DNA yang disumbangkan oleh ibu bapa dan nenek moyang kita. Inilah yang menunjukkan bagaimana kita memiliki asas tingkah laku. Namun begitu persekitaran juga memainkan peranan didalam membentuk dan mempengaruhi perangai manusia. 50% kepelbagaian peribadi manusia ditentukan oleh faktor genetic dimana menunjukkan bahawa perangai manusia itu dibentuk sebagaimana lingkungan kita dan dari DNA kita dan kita dipengaruhi oleh alam sekeliling kita. Kita jarang dapat melihat manusia dengan ciri-ciri ketara tertentu. Sifat-sifat campuran dalam pelbagai kombinasi adalah lebih biasa. Walau bagaimanapun, kelebihan ciri-cira mana-mana perangai, menjadi kemungkinan untuk menimbulkan sifat seseorang kepada jenis tertentu (Shevtsova, 2017)
Analisis saintifik menyatakan keperibadian manusia ini terbahagi kepada Extroverts dan introverts.
Exroverts (keperibadian terlampau)-merupakan Jenis-jenis keperibadian yang terdapat didalam lingkungan Choleric dan Sanguine, dimana ianya menunjukkan perangai yang luar biasa dan suka beramah mesra. Mereka yang berperibadi begini amat suka berada di majlis keramaian atau dimana terdapat ramai kumpulan manusia.
Orang yang mempunyai keperibadian sanguine cenderung bersikap meriah, optimis, ceria, dan tidak peduli. Mereka suka pengembaraan dan mempunyai toleransi risiko yang tinggi. Biasanya, orang Sanguine tidak suka sessuatu yang membosankan dan akan mencari pelbagai hiburan. (Dr. Paul Hysen, 2017)
Introverted- Jenis kepeibadian Melancholy dan Phlegmatic. Peribadi ini menunjukkan perangai individu yang tidak merasa selesa apabila berada di kalangan orang ramai,mereka akan mudah cemas dan berasa sukar untuk bersosial apabila berada didalam kumpulan manusia yang ramai. Semua manusia mempunyai ke empat-empat tahap keperibadian tersebut. Dan kebanyakannya mempunyai perangai sekunder yang jelas.
Tiada individu yang mempunyai satu jenis keperibadian sahaja dan kebanyakan kita mempunyai perangai sekunder yang sangat kuat. Sekiranya anda mengambil salah satu ujian keperibadian yang ada pada hari ini, anda akan mendapati bahawa anda mempunyai ciri-ciri dominan dalam beberapa temperamen, dan setiap jenis personaliti mempunyai ciri umum yang berkaitan dengannya. Perlu diingatkan bahawa terdapat pelbagai peringkat Extroversion dan Introversion (Ekstrand, 2017)
Perangai adalah asas perkembangan watak dan ianya mempunyai kesan kepada cara komunikasi dan tingkah laku manusia. Ianya adalah aspek semula jadi seseorang dan tidak dapat diubah. Seseorang yang mempunyai apa-apa jenis perangai boleh berupaya dan boleh juga tidak mampu. Jenis temperamen tidak mempengaruhi kebolehan seseorang; Terdapat jenis perangai manusia yang mampu menyelesaikan beberapa objektif penting lebih mudah daripada manusia yang lain.
3.Perbincangan Dua Teori Emosi
Emosi adalah satu jenis kesan, jenis lain adalah mood, temperamen dan sensasi (contohnya, sakit). Emosi boleh difahami sebagai sama ada kenyataan atau sebagai proses. Apabila difahami sebagai keadaan (seperti marah,gembira atau takut), emosi adalah satu bentuk keadaan mental yang berinteraksi dengan keadaan mental yang lain dan menyebabkan tingkah laku tertentu.
3.Teori Emosi James-Lange
Teori emosi James-Lange menunjukkan bahawa emosi berlaku akibat tindak balas fisiologi terhadap peristiwa yang berlaku. Emosi yang terhasil bergantung kepada kejadian yang berlaku apabila anda menafsirkan tindak balas tersebut. Sebagai contohnya anda adalah seorang yang amat takut kepada ular dan binatang yang merayap. Suatu hari anda telah keluar ke kebun untuk membersihkan semak samun. Tiba-tiba anda telah terlihat akan seekor ular tedung didalam semak yang berhampiran. Dengan tidak semena-mena anda telah menjadi takut dan menggigil, anda ingin melarikan diri secepat mungkin atau pun memanjat pokok yang berhampiran. Reaksi ini terjadi apabila peredaran darah menjadi semakin cepat dan paru-paru mengepam dengan lebih laju, lalu anda menafsirkan tindak balas fizikal dan menyimpulkan bahawa anda sedang didalam ketakutan ( saya gementar , Oleh itu saya takut) Menurut teori ini, orang tidak menangis kerana merasa sedih. Sebaliknya, orang berasa sedih kerana mereka menangis, dan, begitu juga, mereka berasa gembira kerana mereka tersenyum. Teori ini menunjukkan bahawa keadaan fisiologi yang berbeza sesuai dengan pengalaman emosi yang berbeza.
Sebahagian awal dari proses ini biasanya diambil untuk memasukkan penilaian rangsangan, yang bermaksud bahwa kejadian emosi bergantung pada bagaimana individu memahami atau 'melihat' rangsangan. Contohnya, seseorang boleh bertindak balas daripada kerja dengan kemarahan, sementara orang lain bertindak dengan gembira-bergantung kepada bagaimana individu menilai kejadian ini. Mempunyai komponen evaluatif dalam proses ini bermakna bahawa emosi bukanlah tindak balas yang mudah dan langsung kepada rangsangan. Dengan cara ini, emosi berbeza dari refleks seperti tindak balas yang mengejutkan atau tindak balas mata, yang memberi respons langsung kepada rangsangan tertentu. (Johnson, 2017)
Teori ini dikenali juga sebagai teori emosi dua –faktor.Teori
Schachter-Singer adalah contoh teori emosi kognitif.Teori ini menunjukkan
bahawa kebangkitan fisiologi berlaku lebih awal. Hati akan menjadi berdebar,
tekanan darah akan meningkat, nafas menjadi bertambah kencang lalu adrenalin
mengalir didalam darah. Kemudian individu harus mengenal pasti sebab untuk
ransangan ini , untuk mengalami dan melabelnya sebagai emosi. Contohnya,Jika
ianya satu ransangan yang mengembirakan, seperti memenangi sebuah kereta
didalam cabutan bertuah program ASB pastinya emosi yang timbul adalah gembira,
manakala jika ransangan yang diterima berupa melihat seekor monyet liar yang
ingin menerkam anda, pasti emosinya berupa ketakutan.
Rangsangan membawa kepada tindak balas fisiologi yang kemudian difahami secara kognitif dan dilabel yang menyebabkan emosi. (Cherry, 2017)
.Teori Schachter-Singer
memandang emosi sebagai hasil dari interaksi dua faktor: fisiologi arousal dan
kognisi.
3.3Kesimpulan Perbincangan Dua Teori Emosi
Penyelidik telah membangunkan beberapa teori tentang bagaimana emosi manusia timbul dan diwakili di dalam otak. Seperti teori James-Lange dan Cannon-Bard, teori emosi Schachter-Singer (juga dikenali sebagai teori dua faktor) cuba menjelaskan emosi kerana ia berkaitan dengan fisiologi kegairahan. Menurut teori Schacter-Singer, emosi hasil dari interaksi antara dua faktor: fisiologi arousal dan kognisi. Lebih khusus lagi, teori ini mendakwa bahawa rangsangan fisiologi secara kognitif diterjemahkan dalam konteks setiap situasi, yang akhirnya menghasilkan pengalaman emosi. Interpretasi kognitif ini menyatakan bagaimana seseorang melabel dan memahami apa yang mereka alami, dibentuk berdasarkan pengalaman masa lalu individu itu.
Menurut teori Schacter-Singer, rangsangan fisiologi secara kognitif ditafsirkan berdasarkan konteks alam sekitar; Proses ini memuncak dalam pengalaman emosi. (Boundless, 2016)
Terdapat berbagai cara yang boleh kita lakukan
untuk menenangkan diri dan menguruskan emosi agar ianya terkawal dan dikendali
dengan sebaiknya.
Seseorang yang dapat menenangkan diri, dapat
memikirkan yang terbaik didalam menangani pelbagai situasi. Disaat menerima
masalah cuba tenangkan diri dengan melakukan beberapa senaman atau gerakan yang
boleh menenangkan dan menurunkan kadar pernafasan dan denyutan jantung yang
laju seperti menarik nafas dalam-dalam dan menghembus keluar mengikut ritma dan
hitungan satu hingga sepuluh. Bayangkan sesuatu yang positif atau alih
perhatian dan melakukan aktiviti yang boleh menenangkan anda, seperti
membersihkan halaman rumah, menyiram bunga atau melukis. Membangun semangat. Semua orang perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu hobi, kata Gardere, sama ada ia menjaga tanaman, mengumpul barangan antik, atau mendengar muzik. Anda harus melakukan sesuatu yang membawa anda kegembiraan sebenar - semangat yang semua milik anda dan tiada siapa yang boleh mengambil dari anda. Mempunyai hobi dan bangga dengannya adalah cara terbaik untuk meningkatkan harga diri. (Orenstein, 2017 )
Elakkan keadaan yang boleh
mencetuskan emosi yang tidak diingini. Jika anda senang menjadi marah apabila
tidak bersedia dan mempunyai waktu yang terbatas, Pesiapkan diri anda dengan
lebih sempurna dan awal waktu, Oleh itu segalanya akan siap lebih awal dan
berbagai kemungkinan yang bakal dihadapi telah dapat diselesaikan lebih awal
dan tepat waktu. Satu lagi rangsangan pengawalan diri boleh datang dari meditasi kesedaran. Perhatian adalah langkah pertama dalam pengawalseliaan diri sendiri, jadi belajar untuk terus menumpukan perhatian akan membantu anda kurang menangguhkan dengan menguatkan peraturan diri. (Pychyl, 2009)
Jika anda berasa marah atau mungkin kehilangan
sesuatu diri anda telah didorong untuk mencetus emosi yang tidak menyenangkan,
Cuba lah mengubah fikiran walaupun anda tahu sebenarnya anda tahu anda
sebenarnya tidak dapat mengubah keadaan.Sekurang-kurangnya ia dapat mengubah
cara anda percaya bahawa situasi itu telah mempengaruhi anda.Anda telah
menggantikan pemikiran yang merasa tidak puas atau
gagal kepada kegembiraan atau pun sekurang-kurangnya kepuasan.
Emosi negatif mengikat kita kepada pemikiran negatif yang berulang, mewujudkan corak pola negatif yang benar. Apabila anda berhadapan dengan emosi yang membuat anda merasa atau berfikir sesuatu yang buruk, paksa ia keluar dari fikiran anda dan gantikannya dengan pemikiran yang berbeza. Bayangkan resolusi yang sesuai untuk masalah anda bermain, fikirkan tentang seseorang yang membuat anda gembira atau ingat satu peristiwa yang membuat anda tersenyum. (Hara C. , 2013 )
Emosi negatif mengikat kita kepada pemikiran negatif yang berulang, mewujudkan corak pola negatif yang benar. Apabila anda berhadapan dengan emosi yang membuat anda merasa atau berfikir sesuatu yang buruk, paksa ia keluar dari fikiran anda dan gantikannya dengan pemikiran yang berbeza. Bayangkan resolusi yang sesuai untuk masalah anda bermain, fikirkan tentang seseorang yang membuat anda gembira atau ingat satu peristiwa yang membuat anda tersenyum. (Hara C. , 2013 )
4.4. Ubah Tindakan
Kawal tindak balas.Mungkin anda tidak dapat mengalahkan perasaan yang tidak menyenangkan apabila marah atau cemas. Ambil nafas panjang dan tutupkan mata agar dapat menenangkan diri. Atau ubah lah ekspresi wajah anda untuk diselaraskan dengan suasana yang perlu disekeliling anda.
Mengetahui pencetus emosi anda boleh membantu anda mengelakkan masalah di tempat pertama. Mampu mengubah fikiran dan tindak balas anda akan membina keyakinan anda terhadap keupayaan anda sendiri untuk mengatasi. Dengan amalan, anda akan dapat mengubah negatif menjadi positif, dan, setiap kali, mendapat pemenuhan emosi. (Witbourne, 2015)
4.5 Ubah Keadaan
Mungkin emosi yang anda cuba tolak adalah kekecewaan. Anda sentiasa berharap untuk memuaskan hati seseorang . sebagai contoh, untuk melayan rakan- rakan atau keluarga anda dengan sempurna apabila bertandang ke rumah anda. Anda membayangkan dapat memberi hidangan yang enak dan sempurna kepada mereka di ruangan rumah anda yang kemas dan cantik. Harapan anda yang tinggi untuk hidangan dan dekorasi rumah itu mungkin terlalu tinggi. Ubah keadaan dengan mencari resipi yang berada dalam lingkungan keupayaan anda dan hiaslah rumah anda agar bersih dan kemas sahaja. Kemungkinan hidangan lempeng anda bersama sambal tumis udang yang dimakan bersama di ruangan yang bersih dan kemas itu lebih menarik dari pizza atau sphagetti. Sikap anda terhadap stres boleh menjejaskan kesihatan anda daripada tekanan itu sendiri. Sekiranya masalah itu berada di luar kawalan anda, pengertian itu dan ubah semula masalah untuk menentukan bahagian mana yang boleh anda elakkan atau mengendalikan. (Rosenthal, 2011)

Terdapat berbagai cara untuk kita mengendalikan emosi
dan tidak tertakluk kepada cara-cara dan syarat tertentu. Cara yang dilakukan
oleh kita mungkin berbeza dengan individu yang lain.
Emosi perlu dikawal dan diselenggara dengan baik
agar ianya tidak menjejaskan mood yang akhirnya boleh menjejas kan kehidupan
harian. Personaliti dan perangai kita amat barkait rapat
dengan mood dan emosi yang kita lalui. Jika mood
menjadi sesuatu yang berlanjutan maka ianya akan menjadi personaliti dan
menonjolkan perangai.
Kebolehan untuk mengubah fikiran dan reaksi akan membina keyakinan didalam kebolehan anda sendiri untuk mengatasinya. Dengan latihan, anda akan berkebolehan untuk menukarkan sesuatu yang negatif kepada sesuatu yang positif, dan setiap masa akan memperolehi kepuasan emosi. (Gross, 2014)

APENDIKS
(n.d.).
Bogenfurst, A. A. (2011). emotion. In A. A.
Bogenfurst, Perception and Emotion (p. 92). Open University malaysia.
Boundless. ( 2016, September 20). Schachter–Singer
Theory of Emotion (Two-Factor Theory. Retrieved from Boundless.com:
https://www.boundless.com
Cherry, K. (2017, May 10). What Are the
6 Major Theories of Emotion? Retrieved from Very well:
https://www.verywell.com
Dr. Paul Hysen, P. (2017). Four
Temperaments: Sanguine, Phlegmatic, Choleric, and Melancholic Personality
Typessychology.co. Retrieved from psychology.co: http://psychologia.co/
Ekstrand, D. D. (2017). THE FOUR HUMAN
TEMPERAMENTS. Retrieved from The transformed soul:
http://www.thetransformedsoul.com
Elizabeth A.Martin, J. G. (2012, February
1). The Influence of Positive Mood on Different Aspects of Cognitive Control.
Retrieved from PMC, US national Library of Medicine:
https://www.ncbi.nlm.nih.gov
Gardner, M. (2014, march 6). journal of
consumer psychology. Retrieved from The Atlantic: https://www.theatlantic.com
Gross, J. J. (2014). Emotion, emotion
regulation, and psychopathology:. Retrieved from Clinical Psychological
Science.: https://www.psychologytoday.com
Hara, C. (2013 , July 30). 6 Steps to
Controlling Your Emotions. Retrieved from Huff Post: http://www.huffingtonpost.com
Hara, D. C. (2013, 30 7). 6 Steps to
Controlling Your Emotions. Retrieved from Huffpost:
http://www.huffingtonpost.com
Health, I. (2002). Psychology of emotion.
Retrieved from Psychologyst World: https://www.psychologistworld.com
Hockenbury, H. &. (2007). What Are
Emotions and the Types of Emotional Responses? Retrieved from Verywell:
https://www.verywell.com
Johnson, G. (2017). Theories of Emotion.
Retrieved from Internet Encyclopedia of Philosophy: http://www.iep.utm.edu
mohamed, m. n. (2014). perasaan dan emosi
manusia. In m. n. mohamed, pengantar psikologi (p. 314). dewan bahasa
dan pustaka.
Mohamed, m. n. (2014). Personaliti dan
Penilaiannya . In m. n. Mohamed, Pengantar Psikologi (p. 278). Dewan
Bahasa dan Pustaka.
msg. (2017). Personality and Personality
Development - An Overview. Retrieved from management study guide:
http://www.managementstudyguide.com/personality-development.htm
Orenstein, B. W. ( 2017 ). 10 Ways to
Boost Your Emotional Health. Retrieved from everydayhealth:
http://www.everydayhealth.com
Pychyl, T. (2009, Sept 1). Tips that
keep you one step ahead of procrastination. Retrieved from psychology
today: https://www.psychologytoday.com
Rosenthal, N. (2011, August 11). 9
Simple Tips to Help You Manage Your Emotions. Retrieved from Norman
Rosenthal M.D: https://www.normanrosenthal.com
Shevtsova, M. (2017, February 2). Temperament
and Its Four Types. Retrieved from Undepress: http://undepress.net
Witbourne, S. k. (2015, February 7). 5
Ways to Get Your Unwanted Emotions Under Control. Retrieved from
https://www.psychologytoday.com: https://www.psychologytoday.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan